02 June 2016

Dr. Termizi calon PH, Guan Eng soal PAS kenapa tak sebut Pulau Pinang negeri pertama tolak hasrat Pusat anjur 'judi bola'



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

KUALA KANGSAR - Enam tahun lalu, Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama menolak hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program pertaruhan judi dalam arena bola sepak di tanah air ini.

Dalam nada yang kesal, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta DAP sehingga hari ini terus difitnah anti Islam dan anti Melayu.

Katanya lagi, PAS yang pernah menjadi sekutu DAP dalam blok Pakatan Rakyat dahulu sepatutnya tidak mengfitnah DAP sebagai 'babi', yang 'memberi arak' sehingga tertubuhnya Amanah.

"Bukan saja difitnah 'beri arak' kepada Amanah, malah jual tanah Melayu di Pulau Pinang...paling dahsyat Kerajaan Negeri Pulau Pinang difitnah mengiktiraf LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

"Mengapa tak sebut Kerajaan Negeri buat baik untuk Islam...kenapa tak sebut Pulau Pinang negeri pertama haram judi bola yang nak direstui Kerajaan Pusat," soal Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu berucap sedemikian pada Majlis Umum Calon Pakatan Harapan Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dekat Kota Lama Kanan di sini malam ini.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysian merangkap Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Tuan Haji Mohamad Sabtu dan Penasihat Amanah Ustaz Ahmad Awang antara pemimpin yang berucap pada majlis ceramah mega malam ini.

Mohamad mengumumkan ahli akademik Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli, yang juga anak jati tempatan sebagai calon Pakatan Harapan daripada parti Amanah.

Pada bulan Jun 2010, Ascort Sdn Bhd mendapat lesen daripada Kementerian Persekutuan untuk menganjurkan pertaruhan judi dalam arena bola sepak tanah air, tetapi paling awal ditolak oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus