Skip to main content

Kicauan KPN punca Guan Eng, Rahman Dahlan tiada 'jodoh' debat 19 April?




Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

SEBERANG JAYA - Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr. Lim Guan Eng tiada 'jodoh' untuk berdebat dengan  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pads 19 April ini secara langsung di TV3.

Itu, berdasarkan kicauan Ketua Polis Negara Tan Sri Khali Abu Bakar di laman sosial Twitter pagi tadi.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mensyorkan Abdul Rahman mengesahkan kehadiran lebih awal supaya 'jodoh' berdebat itu tidak dibatalykan pada saat akhir.

Terdahulu, Abdul Rahman yang juga Pengarah Strategik Umno Nasional mencabar Guan Eng untuk berdebat secara terbuka mengenai penjualan 1.1 ekar tanah dekat Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin kepada pihak swasta Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Beliau menuduh penjualan tanah itu ada kaitan dengan kontroversi Guan Eng membeli rumah Phang Li Koon semurah RM2.8 juta di Jalan Pinhorn.

Malah, Abdul Rahman turut mengaku bahawa beliau mempunyai bukti mengenai KLIDC telah menjual tanah awam tersebut kepada pihak ketiga dengan mengaut keuntungan atas angin mencecah puluhan juta ringgit.

Guan Eng dalam reaksi spontan mendedahkan dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menyatakan bahawa kepentingan KLIDC tidak pernah dijual kepada pihak ketiga serta dokumen ketuanpunyaan tanah tersebut masihbatas nama syarikat swasta tersebut.

Beliau menyahut cabaran debat Abdul Rahman, yang asalnya ditetapkan pada 15 April.

Pun begitu, Abdul Rahman kemudian berkicau di Twitter bahawa beliau ke luar negara dan akan pulang ke tanah air pada 16 April.

Guan Eng mengambil sikap berkompromi untuk meneruskan jua debat itu pada 19 April, sambil mengharapkan akan ada 'jodoh' bersemuka dengan Abdul Rahman atas pentas TV3.

Beliau turut mensyorkan Abdul Rahman mengesahkan kehadiran lebih awal supaya debat terbuka itu tidak dibatalkan pada akhir.

Gambar di atas adalah kicauan Ketua Polis Negara yang memberi isyarat seakan debat Guan Eng dan Abdul Rahman tiada 'jodoh' debat pada 19 April ini.