Skip to main content

NGO desak Guan Eng respons isu dana Israel RM1.2 bilion kepada DAP di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri

MUHSIN Latheef bersama-sama penyokongnya melancarkan demontrasi anti Lim Guan Eng dan anti DAP, di perkarangan pintu masuk sPICE Bayan Baru di sini, pagi ini. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

PANTAI JEREJAK - Kira-kira 20 anggota Persatuan Muka Buku Pulau Pinang melancarkan demontrasi anti DAP di pintu masuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE), ketika sedang berlangsungnya sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini pagi ini. 

Setiausaha NGO, Muhsin Latheef mendesak Guan Eng memberi respons mengenai isu DAP menerima dana sumbangan RM1.2 bilion daripada negara haram  Israel, sebagaimana dituduh oleh bekas anggota DAP Razali Abdul Rahman.

"Kalau  benda ini tak benar, kenapa Ketua Menteri tak saman Razali dengan peguam-peguam handal yang mereka ada," katanya kepada pemberita. 

Tahun lalu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telahpun menafikan  tuduhan Razali itu.

Bahkan, Guan Eng turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik Razali sebagai pegawai khasnya, seperti dilaporkan beberapa portal berita mesra Umno sebelum ini. 

Kali pertama Razali serta penyokongnya  menyerang peribadi Guan Eng serta DAP pada menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu, Mei 2013.