Skip to main content

900 sahut cabaran kayuh 100 batu, promosi kongsi jalan raya



BUKIT TENGAH – 84 wanita dan 75 peserta dari luar negara antara 900 orang yang menyahut cabaran acara kayuhan sejauh 100 batu Ideal Property Tristate 160 Fellowship Ride baru-baru ini,

Yang di-Pertua Majlis Bandaraya Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif berharap acara kali ini dapat menyemarak lagi kesedaran perkongsian pengguna jalan raya dengan penunggang basikal di negeri ini.

Katanya, acara kali ini merupakan kesinambungan pada pada program Campaign For A Lane CFAL), yang dianjurkan sebelum ini.

“Acara ini merupakan penganjuran kali kedua dengan kerja sama G Club Penang Cyclists, Kelab Basikal LP MTB dan MPSP, selepas kejayaan menganjurkan acara yang sama sejauh 128km tahun lepas,” jelas Maimunah di sini.

Pada sidang media sama, wakil penganjur memberitahu, keputusan untuk menambah jarak kayuhan adalah untuk melayakkan acara ini disenaraikan sebagai 'century ride', sepertimana yang diiktiraf di seluruh dunia.

Seawal jam 6,45 pagi, kayuhan sejauh 160 kilometer dilepaskan di perkarangan Autocity dekat Juru merentasi Selama dekat Perak dan Kulim di Kedah, sebelum menamatkan cabaran di garis pemulaan di negeri ini.