09 December 2015

Van kaunter bergerak MBPP diharap mudahan pelanggan

JOSEPH Ng Soon Siang (dua dari kanan) bersama Ahli-ahli Majlis pada Majlis Pelancaran Khidmat Van Kaunter Bergerak MBPP baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Van kaunter bergerak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mula beroperasi mengikut jadual sejak 1 Disember lalu di beberapa lokasi pasar serta tapak jaja terpulih diharap memudahkan pelanggan membayar bil berwajib serta melangsaikan tunggakan.

Ahli Majlisnya, Joseph Ng Soon berkata, kaunter tersebut menerima semua jenis bil MBPP (kecuali Bil Tempahan), bil Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), bil Sewa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), bil Caj Servis PDC Urus Setia serta Bil Cukai Taksiran Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP).

Kaunter bergerak ini seumpama satu pusat sehenti," jelas Ng Soon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan MBPP pada sidan media di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Beberapa Ahli-ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan MBPP turut sertai sidang media itu.

Ng Soon bagaimanapun memberitahu, Majlis Mesyuarat Biasa (MBM) sebelum ini memutuskan van kaunter bergerak tersebut tidak menerima pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) atas hujah ada caj tambahan dikenakan akan ke atas pengguna.

Difahamkan, MBPP memperuntukan kira-kira RM158,311 untuk membeli serta mengubahsuai semula van berkenaan.

Maka, Ng Soon memberitahu, operasi kaunter bergerak tersebut lebih menumpu pada kawasan yang direkodkan banyak tunggakan berwajib kepada MBPP.

Kita nak ubah persepsi masyarakat.

Di harap dengan adanya khidmat kaunter bergerak ini, akan memudahkan orang ramai menjelaskan bil tertunggak.

Urusan pembayaran boleh dilakukan secara tunai, cek ataupun wang pos sahaja,” ujar beliau.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pembilangwang di talian 04-259 2179 dan Unit Aduan di 04- 259 2058.

JADUAL khidmat van kaunter bergerak MBPP.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus