Skip to main content

"Taman Mini London" antara kelainan di Pesta Pulau Pinang 2015

SEORANG ibu kelihatan sedang merakamkan kenangan bersama-sama keluarga dengan berlatar belakangkan replika Menara Big Bent (menara jam) di Taman Mini Eropah dekat Pesta Pulau Pinang 2015 di sini.

Pesta Pulau Pinang 2015 kembali lagi.

Kali ini, seakan disambut di antara dua tahun kerana mula dibuka pada 28 November lalu sehingga 2 Januari 2016.

Fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob sempat menemu bual wakil penganjur merangkap Pengurus Kanan, Ahmad Shukri Jamaluddin di Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Pinang pada malam pembukaan baru-baru ini.

"Selalunya Pesta Pulau Pinang dibuka serentak dengan musim cuti sekolah.

"Tetapi, siri kali ini kita lewatkan seminggu dan kita lanjutkan penganjuran sehingga awal tahun depan.

"Ini penganjuran siri ke-49, seumpama pesta di antara dua tahun," jelas beliau yang juga Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (T) di Jabatan Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Konsep Cafe Garden kendalian Bread History yang begitu unik dekat pintu masuk utama sudah tentu mencuri perhatian pengunjung Pesta Pulau Pinang 2015 sekarang.

Santai
Masuk-masuk pintu utama, ada Cafe Garden kita wujudkan macam taman mini.


"Kalau dahulu, pengunjung terpaksa ke kawasan gerai makan, tetapi siri kali ini kita wujudkan kelainan.

"Kita sasar di pintu masuk lagi suasana santai dan ceria dirasai," jelas beliau.

Sekumpulan muda-muda merakamkan kenangan dengan salah satu "Menang", iaitu maskot CAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Bersebelah Cafe Garden, kelihat tiga patung maskot CAT atau Cekap, Akauntabel dan Telus, memang diwujudkan untuk pengunjung berselfie.

"Kita ketengahkan moto Cekap Akauntabel dan Telus (CAT) Kerajaan Negeri ini.

"Satu maskot CAT menunjukkan arah kanan mengalu-alukan ke (zon) pesta, maskot yang menunjukkan ke arah kiri itu membawa maksud ke zon membeli belah.

"Dan, maskot CAT itu pula mengalu-alukan pengunjung untuk bersantai dengan kelainan yang diwujudkan pada siri kali ini," jelas beliau.

PENGUNJUNG merakamkan kenganan di Sudut Selfie di sini.

Tidak jauh dari Sudut Selfie itu, disediakan papan tanda indah setinggi 10 kaki, juga untuk pengunjung merakamkan kenangan di sini.

"Seolah-olah ia macam di pesta walk of fame," ujarnya, sambil memberitahu sistem pencahayaan di seluruh kawasan utama cukup indah pada sebelah malam.

'Taman Mini Eropah'
Ahmad Shukri memberitahu pengunjung Uptown kali ini pasti tidak kecewa kerana mereka akan merasai seolah-olah berjalan di Taman Mini Eropah.

"Uptown di sini didekorasi semula seumpama sebuah taman di Eropah, di mana kita mempamerkan beberapa monumen seperti kincir angin, dengan London Phone Booth dan Menara Big Bent (menara jam)," jelasnya lagi.

PELBAGAI replika monumen serta selfie big box di Taman Mini Eropah.

Di sini, turut disediakan tiga selfie big box yang saiznya 8 x 10, dengan 12 gambar tempat menarik Negara Eropah yang dibeli secara ekslusif oleh penganjur untuk pengunjung merakamkan kenangan masing-masing.

"Gambar-gambar ini kita beli secara langsung daripada internet seperti Paris Tower di Paris dan pelbagai lagi tempat indah di Eropah, untuk bergambar kenangan," jelas beliau.

PAVILION Majlis Bandaraya Pulau Pinang antara yang mencuri tumpuan pengunjung di sini.
KEINDAHAN pencahayaan di salah satu laluan di Pesta Pulau Pinang 2015.

Difahamkan, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) banyak membantu menyediakan pokok-pokok perhiasan di sini, manakala kerja-kerja pencahayaan menarik dibantu secara langsung oleh Jabatan Kerja Raya, Cawangan Elektrik (JKR).

Satu lagi konsep taman Eropah, Spiral turut diwujudkan di sini, dengan bantuan Jabatan Taman Botani Pulau Pinang, atas cetusan idea Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mokhtar Jait yang juga Pengurus Besar penganjuran Pesta Pulau Pinang.

Tak kecewa santai di Euro Fun Park, Taman Mini dan Taman Eropah di sini.

"SPRIRAL", iaitu konsep taman mini di Eropah.
SEKUMPULAN muda mudi di salah satu zon nembeli-belah di Pesta Pulau Piang 2015, yang indah dengan pencahayaan menarik.

Hiburan
Penampilan kumpulan May, Amuk, XPDC, Gamma, Lestari, Raven, Bloodshed, Family Of Rock, The Fablous, Sparrow, Rimba Bara, Ukays, serta artis lagenda Yanzen, Rahmat Mega, Sham Dimensi, Asunam, Zamani dan banyak lagi sepanjang pesta kali ini tidak akan menghampakan.

Ratu dangdut seperti Amelina dan Haiza diturut akan membuat penampilan pada 11 Disember depan.

Ahmad Shukri memberitahu, artis-artis baru seperti Tomok, Black, Najwa Latif, kumpulan Bunkface turut akan membuat persembahan pada siri pesta kali ini.

Turut dianjurkan, Bintan Pesta dan Festival Boria.

"Selain mengekalkan identiti Pulau Pinang seperti persembahan boria, penganjur memang ingin membawa pengunjung mengimbau kenangan lama dengan penampilan artis-artis terkenal tanah air ini," jelasnya.

Katanya, semua persembahan tersebut akan dilangsungkan di Pentas Arena 1 di sini, tiap-tiap malam.

Difahamkan, Sudut Buskers turut diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad, untuk menghargai anak seni tempatan membuat persembahan di sini.

Bagaimanapun, acara tradisi Pesta Silat Antarabangsa yang terdiri oleh Muaithai dan tinju dalam Festival Sukan Kombat turut anjurkan pada kali ini.

AHMAD Shukri Jamaluddin (tengah) bersama-sama dua rakan sekerja bergambar, selepas ditemubual di sini.

Festival Vendor & Boutique
Satu lagi kelainan pada kali ini, adalah penganjuran Pesta Vendor Cosmetic, Slimming & Makeup Fest 2015 pada 4 hingga 6 Disember di Arena 2.

Moonlight Inspiration Model & Bridal Show pada 8 hingga 13 Disember, manakala, Boutique & Vendor Gala Fest pada 31 Disember hingga 2 Januari 2016.

Peneraju fesyen tudung terkenal, Fareeda turut menyertai festival ini pada 25 hingga 27 Disember.

Eja Shahril, iaitu pereka tempatan yang kian menempa nama di peringkat antarabangsa turut akan mempamerkan fesyen-fesyen terbaru secara eksklusif pada 18 hingga 20 Disember ini.

"Butik dan vendor memang ada pengikut tersendiri, tetapi tetapi mereka tidak gemar membuka gerai pameran sampai sebulan.

"Kelain ini kita bawa, tiga hari pada hujung minggu sahaja akan menampilkan pameran vendor dan butik yang berbeza-beza," jelas beliau lagi.

Pameran-pameran lain yang turut diadakan di Arena 3 pula adalah Pameran Seni Keris Purba pada 4 hingga 5 Disember, serta Pameran Exprerience Gree Life With Sewing pada 15 hingga 23 Disember.

TAMAN Mini Eropah.
ZON membeli belah di Pesta Pulau Pinang 2015.

Promosi
Dari segi promosi, katanya, radio PiMai.fm turut membantu.

"Kali ini kita cuba menggunakan media baru seperti facebook dan telegram juga," jelas beliau.
Penghargaan


Ahmad Shukri memberitahu hampir 100 tenaga menjayakan Pesta Pulau Pinang 2015, temasuk pasukan khas yang ditubuhkan untuk kerja-kerja keselamatan di sini.

Itu, tidak termasuk sokongan polis, bomba, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan banyak lagi.

"Datuk (Mokhtar) memang mahukan kelaian pada kali ini, dan beliau sendiri bersama-sama kita bertungkus lumus memerah fikiran untuk ini.

"Iklim hari-hari awal pembukaan pada tahun lepas pun hujan juga, kita sasar seperti tahun lepas juga (iaitu) 440,000 pengunjung pada tahun ini, dengan kelaian yang kita bawa," jelas beliau.

Info lanjut boleh didapati melalui facebook pestapulaupinang dengan hashtag #pestapenang2015, serta menerusi saluran telegram http://telegram.me/pestapenang2015.