Skip to main content

Apabila dua anak Cina bertarian Melayu di pentas Rumah Terbuka Krismas MP Batu Kawan...

LINCAH dua anak Cina mempersembah beberapa tradisional Melayu, membawa kelainan di pentas Majlis Rumah Terbuka Krismas Ahli Parlimen Batu Kawan P. Kasthuriraani di sini, malam ini. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

PERAI - Apa kata rakyat Pulau Pinang apabila dua anak Cina mempersembahkan beberapa tarian tradisional Melayu di pentas utama Rumah Terbuka Sambutan Krismas 2015, anjuran Ahli Parlimen Batu Kawan P. Kasthuriraani di Taman Chai Leng di sini, malam ini? 

"Saya begitu tersentuh pada malam ini. 

"Tetapi tahun ini adalah tahun yang amat mencabar untuk rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

"Selepas pelbagai cabaran berlaku 11 bulan yang lalu, saya masih berharap Malaysia yang lebih gagah.

"Negara ini adalah negara kita, saya mahu berdiri di sini sebagai hamba kepada Tuhan dan hamba kepada rakyat.

"Darah kita adalah sama, atas kesamaan ini,  marilah kita menggembleng upaya untuk memastikan Malaysia yang lebih bersih untuk anak cucu kita.

"Sesungguhnya Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya yang meraikan semua perayaan kaum dan agama di tanah air ini, hatta Hari Gawai pun diraikan oleh Kerajaan Negeri kerana di negeri ada kaum pribumi Sarawak dan Sabah," ujar Kasthuriraani dalam ucapannya.

Turut berucap, Exco Pembangunan Pelancongan, Danny Law Hengoed Kiang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Thanasekharan.

Selain jamuan malam, pelbagai acara seperti nyanyian dan koir turut dilangsungkan di pentas utama. 

Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan Majlis Peguam masing-masing turut membuka kaunter perkhidmatan di sini.

Majlis anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Batu Kawan dan Persatuan Penduduk-Penduduk Taman Chai Leng pada malam ini disertai hampir 1,000 hadirin, pelbagai bangsa.