Skip to main content

Saya dan Kon Yeow saling menyokong dalam DAP, respons Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng hari ini menafikan khabar angin kononnya beliau akan mencabar Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang, yang kini disandang oleh Chow Kon Yeow.

Guan Eng memberitahu, beliau dan Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir sebenarnya saling menyokong kedudukan masing-masing dalam parti berkenaan.

“Saya adalah Setiausaha Agung DAP, dan Pengerusi DAP Negeri adalah Chow Kon Yeow, maka kita sokong antara satu sama lain," jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih menjawab soalan wartawan di sini, pagi tadi.

Lagipun, katanya, tarikh pencalonan untuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah lama berlalu.

“Masa pertandingan pun dah lepas,” seloroh Guan Eng lagi.

Baginya, khabar angin itu adalah 'permainan politik' yang disebarkan oleh mereka yang bukan mempunyai keahlian dalam DAP.