Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KEPALA BATAS - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, antara ikon #HarapanBaru yang mengesahkan kehadiran ke Rumah Terbuka Aidilfitri PasMa Pulau Pinang pada Jumaat 24 Julai 2015 jam 8.00 malam.
Ikon utama Gerakan Harapan Baru (GHB) Tuan Haji Mohamad Sabu dan Penyelaras GHB Pulau Pinang, Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa serta Presiden PasMa Dato' Ir. Mujahid Yusof Rawa turut dijemput sebagai tetamu utama majlis keraian tersebut.
"Setakat ini, YB Khalid telahpun sah hadir, penganjur dalam proses mendapatkan pengesahan kehadiran para tetamu Gerakan Harapan Baru (GRB) yang lain," kata Pengerusi PasMa Pulau Pinang Tuan Haji Zolkifly Md Lazim di Kiosk Bertam, petang tadi.
Difahamkan, PasMa dijadualkan bermesyuarat mengenai penganjuran majlis Rumah Terbuka Aidilfitri malam ini, sejurus selepas qiadi PasMa.
"Tempat dan persiapan lain akan diselaras malam ini," katanya.
Comments
Post a Comment