16 June 2015

Selepas Haemonetics, Paramit AS labur RM60 juta di P.Pinang

KETUA Menteri (tiga dari kiri) dan Thomas La Rose (paling kiri) serta dua tetamu kehormat lain pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Fasiliti Industri Paramit Corp. di Taman Sains Pulau Pinang di sini baru-baru ini.   

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Selepas Haemonetics, syarikat pengeluar peranti perubatan Paramit Corp. yang turut berpengkalan di Amerika Syarikat membuka industri di Taman Sains Pulau Pinang dekat kawasan Parlimen Batu Kawan, dengan nilai pelaburan RM60 juta.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaburan terbaru ke negeri ini sekaligus mewujudkan kira-kira 500 hingga 800 peluang pekerjaan tidak lama lagi.

"Fasiliti baru itu akan membangunkan beberapa produk paling inovatif di dunia, baik dalam bidang peranti perubatan, mahupun dalam pasaran yang lain juga," kata Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Industri Paramit, di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Pengurus Paramit Corp di Malaysia, Thomas La Rose memberitahu, industri yang dijadual siap pada bulan Jun 2016 nanti akan berperanan sebagai kilang pengeluaran utama di rantau Asia.

"Fasiliti Paramit kedua di Malaysia ini akan meletakkan (pelaburan terbaru) kami untuk pertumbuhan yang pesat serta diharap berkembang menjadi salah satu pengeluar peralatan dan instrumen perubatan yang terkemuka di rantau ini," ujar beliau sambil merakamkan penghargaan atas sokongan pemimpin Kerajaan.

Menurut beliau, Pulau Pinang dipilih sebagai destinasi pelaburan terbaru ini berdasarkan pengalaman yang kompetatif Paramit Corp. melabur pada fasa pertama di Zon Perindustrian Bebas dekat Bayan Lepas, sejak tahun 1988 lagi.

"Sejak tahun 1988, Paramit menghasilkan komponen elektrik dan elektronik, termasuk peranti perubatan dan instrumen, bagi sesetengah pemimpin pasaran yang terbesar dan dalam industri masing-masing di seluruh dunia.

"Selain di Pulau Pinang, fasiliti pelaburan Paramit (Corp.) di luar Malaysia seperti di Morgan Hill, California.

Terdahulu, Industri Haemonetics yang juga berpengkalan di Amerika Syarikat turut memulakan operasinya sejak bulan Fabruari lepas di Taman Perindustrian Batu Kawan, dengan dwi-pelaburan RM150 juta dan RM50 juta.

Guan Eng memberitahu, industri berkaitan pengurusan darah dan pengeluaran peranti perubatan yang dibangunkan untuk keperluan pasarean rantau Asia itu akan menyediakan kira-kira 800 peluang pekerjaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus