13 May 2015

WSD, WCS jamin bekalan air cukup - Hock Seng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pemasangan Peranti Penjimat Air (WSD) secara mandatori bagi projek-projek pembangunan baru merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri demi memastikan bekalan air mencukupi di negeri ini.

LIM Hock Seng
Tidak cukup dengan itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng berkata, Surcaj Pemulihan Air (WCS) atau caj tambahan kepada penggunaan air bulanan melebihi 35,000 liter padu turut dilaksanakan di negeri ini, sebagai langkah penjimatan sumber.

"Pendekatan 'semakin banyak penggunaan, semakin banyak pembayaran' dipraktikkan.

"Satu lagi usaha untuk menjimatkan penggunaan air ialah dengan meminda undang-undang bangunan bagi pemasangan WSD sebagai mandator bagi projek-projek pembangunan baru," jelas Lim Hock Seng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal dalam jawapan bertulisnya pada Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-13 di sini pada 30 April lepas.

YEOH Soon Hin
Mewakili Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Hock Seng berkata, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Strategi Pembangunan Bekalan Air Tambahan, antaranya projek cadangan Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS), yang sedang diusahakan peringkat perbincangan dengan Kerajaan Perak sejak tahun 2009.

"Hasilnya, satu mesyuarat penyelarasan pertama anatar negeri (Pulau Pinang dan Perak) di peringkat pegawai telah diadakan oleh pihak KeTTHA (Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air), pada 25 Mac 2015," ujarnya.


Penjelasan Hock Seng itu sebagai menjawab soalan ADUN Paya Terubong, Yeoh Soon Hin.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus