15 May 2015

Pelancong ke P.Pinang ketiga tertinggi, naik 38.57 peratus - Exco

ZAiNULFAQAR Yaacob di salah salah sebuah rumah cenderamata 'Vintage' yang cukup klasik dan sentimental, dekat Tapak Warisan Dunia Unesco, Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang menjelaskan Pulau Pinang unggul sebagai destinasi pelancongan pilihan ketiga negara dengan jumlah pengunjung seramai 4.89 juta dalam tempoh Januari hingga September 2014, di belakang Kuala Lumpur (11.68 juta orang) dan Pahang (7.81 juta orang).

"Peningkatan (jumlah pelancongan ke Pulau Pinang bagi tahun 2014) meningkat sebanyak 38.57 peratus, jika dibandingkan dengan tempoh (sama) Januari hingga September 2013, di mana jumlah pelancongan adalah 3.52 juta," jelas Heng Kiang pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, semalam, sambil memetik laporan rasmi Tourism Malaysia terbaru.

Heng Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang turut menjelaskan bahawa statistik pelancong ke Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bagi tahun 2014 turut meningkat sebanyak 10.06 peratus menjadi 6.04 juta pengunjung, berbanding 5.49 juta orang yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Memetik statistik Penang Health Association (PHA) pula, katanya lagi, jumlah pendapatan sektor pelancongan perubatan bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM419 juta dengan kenaikan 13.01 peratus, berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah pendapatan RM371 juta.

Heng Kiang memberitahu, Kerajaan Negeri sedang giat menembusi pasaran pelancongan dari beberapa negara seperti Myanmar, Hong Kong, Australia serta bandar Bandung, Palembang dan Batam dekat Indonesia.

Sebelum itu, Heng Kiang turut memberi penjelasan pada soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang menyebut bahawa statistik kemasukan pelancong ke negeri ini pada tahun 2013 mencatatkan kemorosotan sebanyak 22.8 peratus, berbanding tahun 2012.

"Saya ingin menjelaskan sebenarnya (kemerosotan) ini berlaku kerana Tourism Malaysia telah menukar sistem pengiraan dan kajian statistik yang baru.

"Pegawai Tourism Malaysia dari Pusat sendiri datang ke sini (Pulau Pinang) untuk menjelaskan statistik itu kepada saya bahawa ini adalah konsep pengiraan yang baru dan memang menjejaskan semua negeri-negeri di seluruh Malaysia," jelas Heng Kiang.


Terdahulu, Heng Kiang mensasarkan 6.18 juta pelancong ke negeri ini pada tahun 2014, berdasarkan kunjungan 6.09 juta orang pada tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus