14 May 2015

Kutip RM5.2 juta tunggakan ambil kira golongan susah - Exco Perumahan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Bayaran tunggakan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini sehingga tarikh 31 Mac lepas berjumlah RM5,162,903.96.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, Kerajaan Negeri akan bertindak untuk mengutip balik tunggakan, tanpa mengabaikan golongan penyewa yang susah.

"Kerajaan Negeri yang prihatin terhadap kategori penyewa ini yang adalah dari golongan yang susah, akan sedaya upaya untuk memberi peluang kepada mereka untuk membayar tunggakan tersebut secara ansuran," jelas Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee.

Menurut Jagdeep, tunggakan di PPR Ampang Jajar berjumlah RM1,696,950, PPR Desa Wawasan (RM1,340,750), PPR Bagan Jaya (RM1,370,324), PPR Taman Manggis (RM249,763), PPR Jalan Sungai (RM455,216.96) dan PPR Taman Ampangan (RM49,900).


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus