12 May 2015

Kes denggi di Pulau Pinang meningkat 175.2 peratus

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Bilangan kes denggi di Pulau Pinang sejak bulan Januari hingga 9 Mei tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 1,165 kes atau 175.2 peratus menjadi 1,830 kes, berbanding tempoh sama pada tahun lepas yang direkodkan hanya 665 kes.

Justeru, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Kerajaan Negeri akan mengandakan lagi usaha-usaha pencegahan, termasuk menganjurkan program gotong-royong secara serentak di 40 lokaliti berisiko tinggi pada 17 Mei ini.

Majlis perasmian, katanya lagi, akan dilangsungkan di Taman Indah dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung.

"Kita cuba melihat pada tempoh masa yang sama tiap-tiap tahun, walaupun begitu kadang-kadang kita melihat corak (catatan semasa kes denggi) itu menurun, kadang-kadang angka mengikut tahun itu menunjukkan peningkatan di peringkat nasional.

"Pelbagai usaha kita lakukan dan strategi yang paling penting untuk kita (Kerajaan Negeri) lakukan adalah 'mencegah lebih baik daripada mengubat'," kata Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dalam sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Tambah beliau lagi, Jabatan Kesihatan Negeri pada 11 hingga 13 Mei ini turut akan melancarkan Ops. Tapak Bina di sekitar bandar raya George Town.

"Mana-mana tapak bina yang didapati positif pembiakan nyamuk Aedes, arahan berhenti kerja akan dikeluarkan dan (tempoh) penguatkuasaan selama dua minggu," jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan sama, Dr. Afif memberitahu bahawa dua daripada 20 tapak perkuburan dikenakan kompaun daripada Jabatan Kesihatan Negeri, manakala satu tapak lain hanya diberi notis berwajib.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus