(Dari kiri) YEOH Soon Hin, Lim Hock Seng, Salleh Awang dan Ismail Latifi Teh pada sidang media di bilik mesyuarat DUN Pulau Pinang dekat George Town, tengah hari ini. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN
- Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng
memberitahu insiden dua kenderaan terjatuh ke dalam lubang jalan (gambar kiri) sedalam dua meter dekat pasar raya Sunshine Farlim di Kawasan Dewan
Undangan Negeri (KADUN) Paya Terubong kira-kira jam 6.00 pagi tadi
dalam siasatan pihak polis.
Katanya,
lubang jalan tersebut dikorek di bawah pemantauan Tenaga Nasional
Berhad (TNB) untuk tujuan penggantian enam litar kabel elektrik
berkuasa tinggi bawah tanah dari Farlim ke Bayan Lepas.
"Tuan
punya kereta dan tuan punya projek akan membuat laporan polis untuk
siasatan lanjut, polis akan membuat siasatan dan mengenal pasti punca
berlakunya kemalangan ini
"Sesiapa
yang bersalah, kena tanggung," jelas Hock Seng pada sidang media bersama-sama ADUN Payah Terobong, Yeoh Soon Hin di bilik mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini
pada tengah hari tadi.
Hock Seng yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal berkata demikian
selepas mendapatkan maklum balas berwajib daripada Ketua Jurutera TNB
Negeri, Ismail Latifi Teh dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR)
Negeri, Ir. Salleh Awang.
Tambah Hock
Seng lagi, TNB telahpun mengarahkan kerja-kerja penyambungan enam
kabel berkuasa tinggi tersebut dihentikan serta merta, dengan lubang
jalan tersebut ditutup sepenuhnya.
"Kumpulan
Farlim diminta mengemukakan satu cadangan bagaimana mereka hendak
membuat sambungan ini, dengan syarat-syarat keselamatan yang patut
dipatuhi.
"Setelah
meneliti cadangan Kumpulan Farlim itu, barulah TNB boleh mencadangkan
kerja-kerja penyelenggaraan disambung semula," tegas Hock Seng.
Sementara itu,
Ismail Latifi menjelaskan bahawa projek penyelenggaraan tersebut yang
dimulakan pada bulan November 2014 dan dijangka selesai pada Jun
2015, namun, tiada kemalangan berlaku sebelum ini.
Menurut
beliau, siasatan awam mendapati kontraktor berkenaan didapai telahpun
mengikut piawaian keselamatan yang disyaratkan oleh TNB, berdasarkan
garis panduan JKR.
"Berdasarkan
semakan kita tiap-tipa hari sehingga hari kemalangan, kita mendapati
mereka mematuhi syarat-syarat JKR.
"Kemungkinan
(punca kemalangan ini) ada kaitan dengan cuaca (hujan lebat) dan
keadaan pagi (yang gelap)," jelas Ismail Latifi.
Beliau
memberitahu bahawa kerja penyelenggaraan projek tersebut bermula pada
bulan November tahun lepas dan dijangka siap pada bulan Jun ini.
"Kerja
(penyelenggaraan) bermula pada bulan Nobember 2014 dan dijangka siap
pada Jun 2015.
Dalam
perkembangan lain, Hock Seng mengesahkan bahawa insiden bekalan
elektrik terputus seketika semasa berlangsungnya mesyuarat DUN di
sini, semalam bukanlah berpunca oleh bekalan elektrik utama yang
dibekalkan oleh TNB.
"(Gangguan
elektrik) adalah kerana peralatan, iaitu relay
telah rosak hingga terputus bekalan elektrik dalaman.
"Menang
TNB ada bekalkan elektrik, tetapi, kalau kita mengaktifkan penjana
elekrik yang ada sekalipun, ia hanya akan sampai ke suiz utama sahaja
tetapi tidak boleh dialirkan ke seluruh bangunan dalaman dewan ini.
"Kesulitan
(gangguan elektrik terputus) hanya dalam lima minit sahaja...alat itu
(relay) telahpun
diganti dengan yang baru," jelas Hock Seng.
No comments:
Post a Comment