13 May 2015

Serap RM21.5 juta GST bukan 'populis', KM sanggah pembangkang

LIM Guan Eng (kiri) menunjukkan keratan akhbar harian Guan Meng pada sidang media di DUN Pulau Pinang petang tadi, turut serta Mohd. Rashid Hasnon.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menyerap Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) bagi tahun ini, yang masing-masing dianggarkan sebanyak RM15,641,007 dan RM5,822,996.19.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah ini serupa dengan amalan Kerajaan Negeri Johor dan Terengganu, serta bukanlah bukanlah tindakan yang “populis” seperti yang dituduh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Pulau Pinang dan Johor akan menyerap GST bagi semua GST tiap-tiap tahun, manakala, Terengganu dalam tempoh tahun ini sahaja.

"Mengapa kita (Kerajaan Negeri) yang mahu mengurangkan beban (rakyat dengan menyerap kos GST ini) dikritik kononnya cuba mengambil tindakan populis, tetapi, mereka (Kerajaan Pusat) yang kenakan GST ke atas rakyat dikatakan sebagai hero.

"Saya rasa, Barisan Nasional bukan sahaja telah lupa daratan, tetapi telah hilang akal.

"Kalau tindakan (menyerap kos GST) di Pulau Pinang ini adalah populis, adakah beliau (Chang Yeow) akan turut mengkritik (Kerajaan Negeri) Terengganu dan Johor, yang juga mengambil tindakan populis seperti di negeri ini," respons Guan Eng kepada wartawan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Dato' Mohd. Rashid Hasnon turut menyertai sidang media itu.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut menyanggah kenyataan Chang Yeow yang mendakwa perbelanjaan mengurus berkaitan gaji dan lain-lain elaun bagi tahun 2015 tidak dikenakan GST.

Katanya, anggaran perbelanjaan mengurus untuk gaji bagi tahun 2015 berjumlah RM104.19 juta, manakala, RM53.87 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus yang lain-lain seperti elaun tetap, elaun lebih masa, imbuhan dan sumbangan berkanun.

"Memang gaji dan elaun tidak dikenakan GST, tetapi, belanja mengurus bukan sahaja gaji dan elaun, (sebaliknya,) perbelanjaan mengurus pun ada perkara-perkara yang lain seperti bekalan.

"RM730 juta (RM729,168,905) adalah untuk perbelanjaan lain, di mana semuanya akan dikenakan GST. 

"Jangan kata kita salah kira, kita kira ikut apa yang ditetapkan oleh Kastam," jelas Guan Eng ADUN Air Putih.

Sementara itu, Guan Eng turut mempertikai laporan akhbar harian Guan Meng bertarikh 13 Mei 2015, yang menyiarkan kenyataan mengelirukan Chang Yeow.

Justeru, Guan Eng berkata pihaknya akan mengutus sekali lagi surat rasmi kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya GST dikecualikan ke atas perkhidmatan dan perolehan bagi Kerajaan Negeri serta kedua-dua Pihak Berkuasa Berkenaan (PBT).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus