WAJAH bangunan Penang SME Centre di Bayan Lepas. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
BAYAN LEPAS – Pembukaan operasi Penang SME Centre bernilai RM40 juta dekat Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas diharap mampu menarik lebih banyak penggerak industri kecil dan sederhana (IKS) ke sini kelak.
BAYAN LEPAS – Pembukaan operasi Penang SME Centre bernilai RM40 juta dekat Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas diharap mampu menarik lebih banyak penggerak industri kecil dan sederhana (IKS) ke sini kelak.
LIM Guan Eng |
“Kami
(Penang SME Centre)
mahu membantu IKS tempatan membangunkan potensi produk mereka
sehingga menjadi pembekal peringkat dunia, yang bukan sahaja memiliki
industri sendiri, bahkan jenama sendiri (bagi produk) mereka.
“Selain mewujudkan
produk dengan lebal 'buatan Malaysia', Penang SME Centre
ini diharap mampu melonjak pada melahirkan produk 'Buatan
Pulau Pinang' bagi rantaian bekalan (produktiviti) Pulau Pinang,”
jelas Kelvin Kiew dalam syarahannya pada Majlis
Penerangan Mengenai Penang
SME Centre di sini baru-baru ini.
Kelvin Kiew (kanan) bersama-sama Lee Kah Choon (kiri) menyampaikan penerangan mengenai prospek komersial Penang SME Centre di sini baru-baru ini. |
Dato' Lee Kah Choon
selaku Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng
turut berucap pada majlis promosi Penang SME Centre tersebut.
Hadir sama, Pengurus
Besar investPenang, Loo Lee
Lian dan kira-kira 30 tetamu daripada kalangan pengusaha IKS
tempatan.
ANTARA penggiat IKS tempatan yang hadir menyertai Majlis Penerangan Mengenai Penang SME Centre di sini baru-baru ini. |
Difahamkan,
pemajuan projek Penang SME Centre
bernilai RM40 juta ini merupakan salah satu manifesto Pakatan Rakyat
semasa musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pada tiga tahun lepas.
Guan
Eng dalam ucapannya semasa itu berkata, Kerajaan Negeri akan
menawarkan lot-lot kedai di bangunan tersebut dengan harga yang
murah, demi membantu IKS mengembangkan potensi produktiviti
masing-masing.
Katanya
lagi, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
(PDC), investPenang dan Majlis Pengurusan Penang SME Centre akan diberi tanggungjawab secara bersepadu untuk merealisasikan
wawasan ekonomi masa depan negeri itu.
Manakala,
Eclimo pula
mensasarkan 500 unit motosikal mampu dipasarkan pada tahun ini, dan
kini model sulung syarikat IKS tempatan tersebut mula digunakan
sebagai kenderaan alternatif bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) dan restoran makanan segera Kantucky Fried Chicken
(KFC).
Segera
hubungi wakil investPenang
di talian 04-6468833 atau 04-6409988 untuk mendapatkan info lanjut
mengenai kadar sewa termurah di Penang SME Centre.
No comments:
Post a Comment