28 April 2015

Pelantikan semula TYT P.Pinang penuh istiadat

KETUA Menteri Lim Guan Eng (berdiri) mewakili Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Pulau Pinang melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Yang Dipertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri, di depan Tun Abdul Rahman Abbas (dua dari kanan) dan isteri, Majimor Shariff (paling kanan) sambil disaksikan oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri di sini, pada pagi tadi. | Foto: arkib Buletin Mutiara
(Duduk, Dari kiri) Dato' Seri Farizan Darus, Dato' Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Lim Guan Eng, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, Toh Puan Majimor Shariff, Law Choo Kiang, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Manakala (berdiri, dari kiri) Danny Law Heng Kiang (Exco Pembangunan Pelancongan), Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan), Dato' Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan Aliza Sulaiman (Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri).

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

DATUK KERAMAT – Istiadat pelantikan semula dan majlis mengangkat sumpah Tun Dato' Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk penggal keenam pada pagi tadi dilangsungkan dengan penuh istiadat di kediamannya dekat Seri Mutiara di sini.

Majlis dimulakan dengan Abdul Rahman diiringi oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato' Law Choo Kiang serta anggota kerabat istiadat yang lain masuk ke dewan utama majlis, dengan alunan muzik tradisonal Melayu yang dikenali sebagai “Nobat”.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Farizan Darus memulakan istiadat pengumuman pelantikan, disusulan majlis ikrar serta menandatangan Surat Sumpah Jawatan oleh Abdul Rahman sendiri, dengan disaksikan oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mewakili pemimpin Kerajaan Negeri serta rakyat Pulau Pinang kemudiannya melafazkan ikrar ketaatan yang tidak berbelah-bahagi kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertaun Agong serta Yang di-Pertua Negeri Pulau, di depan Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff.

Selepas itu, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memimpin bacaan doa, seterusnya, acara pegawai istiadat memohon keizinan daripada Abdul Rahman untuk menamatkan majlis rasmi dan jamuan tengah hari.

Guan Eng dalam ucapannya memberitahu bahawa perpaduan kebangsaan, pertumbuhan ekonomi, keharmonian sosial dan pembangunan lestari di negeri ini mampu merealisasikan “Impian Pulau Pinang” yang digagaskan oleh pentadbirannya.

“Pulau Pinang berjaya menarik jumlah pelaburan sebanyak RM8.16 bilion pada tahun 2014 berbanding dengan RM3.91 bilion pada tahun 2013.

“Keyakinan pelabur memang terserlah apabila pelaburan negeri ini mencatat RM48.2 bilion untuk tempoh tujuh tahun di antara 2008 hingga 2014, iaitu 93.6% lebih tinggi daripada RM24.9 bilion semasa tempoh tujuh tahun sebelum ini (2001-2007).

“Dalam tempoh enam tahun ini (2008-2013), lebihan belanjawan terkumpul bagi Pulau Pinang berjumlah RM453 juta, yang jauh melebihi lebihan belanjawan terkumpul 50 tahun sebelum ini (1957-2007) sebanyak RM373.6 juta.

“Impian Pulau Pinang komited untuk dicapai...kita semua harus mengimpikan impian yang sama,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Barisan Exco Kerajaan Negeri, semua ADUN dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri turut menyaksikan majlis penuh istiadat tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus