20 April 2015

Al-Quran galak ummat depani saingan, kata Exco Agama Islam P.Pinang

TUN Abdul Rahman Abbas (dua dari kiri) menyempurnakan lafaz perasmian Majlis Pelancaran Sambutan Bulan-Bulan Al-Quran Kali Ke-6 Peringkatg Negeri Pulau Pinang 2015, sambil diiringi Mohd. Rashid Hasnon (paling kiri), Abdul Malik Abul Kassim (paling kanan) dan Farizan Darus (tiga dari kiri) di Seberang Perai Arena (SPA) di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Pelancaran Sambutan Bulan-Bulan Al-Quran Kali Ke-6 Peringkat NegeriTahun 2015 pada pagi ini dirasmikan sendiri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim dalam ucapannya menggalakkan umat Islam di negeri ini berani mendepani persaingan dengan membawa imej "Islam sebagaimana rahmat ke seluruh alam", sebagaimana dituntut dalam Al-Quran.

"Masyaraat hidup dalam hidup dalam suasana penuh persaingan, hanya mereka yang mempunyai ilmu serta kebijaksanaan sahaja yang mampu mengungguli persaingan.

"Situasi ini sudah tentu menyaksikan generasi al-Quran pada masa akan datang bakal menghempas-pulas mendepani persaingan yang lebih hebat, dengan menjadikan 'Islam Rahmatan Lil 'Alamin'," ujar Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung di Seberang Perai Arena (SPA) di sini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap ADUN Pantai Jerejak, Dato' Mohd. Rashid Hasnon turut berucap pada majlis tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Farizan Darus, Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor (Mufti Pulau Pinang), Dato' Maktar Shapee (Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang), Dato' Sazali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Omar Hassan (Ahli Majlis bagi MPSP) turut hadir pada majlis tahunan tersebut.

Manakala, forum "Generasi Al-Quran Penyelamat Ummah" selepas majlis perasmian itu menampilkan tiga panel, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malik (Selebriti Dakwah rancangan Tanyalah Ustaz TV9), Syeikh Yusuf Ahmad pegawai agama daripada (Jabatan Agama Islam Negeri Kedah), Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi (Finalis Imam Muda Musim Pernama ASTRO), di bawah kendalian moderator, Ustaz Roslan Che Rus (Pegawai daripada JHEAIPP).

Majlis ini diraikan pada bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadan saban tahun di negeri ini, sejak tahun 2010.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus