20 April 2015

39 mangsa bencana terima imput pertanian Exco

Dr. Wan Azizah Wan Ismail (lima dari kiri) menyerahkan sumbangan berupa wang insentif dan dua kampit baja kepada salah seorang penerima (tiga dari kiri), sambil disaksikan oleh Dr. Afif Bahardin (empat dari kiri), Law Choo Kiang (paling kiri), Ahmad Munir Yusoff (enam dari kiri), Lee Khai Loon (paling kanan) dan seorang tetamu lain di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – 71.1 ekar kebun sayur-sayuran Kampung Taman Baru yang musnah dek hujan ribut di sini baru-baru ini dianggarkan kira-kira RM40,000

Justeru, Exco Pertanian & Industri, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan dalam bentuk insentif tunia dan dua kampit baja yang setiap satu seberat 100 kiligram kepada semua 39 mangsa bencana tersebut.

“Saya diberitahu, (sambaran) kilat (mengakibatkan) rumah pam itu rosak, kemudiannya penuh air (di kawasan kebun sayur) di sini.

“Kita (Kerajaan Negeri) harap, sumbangan ini dapat mengurangkan beban kurugian yang terpaksa ditanggung oleh 39 petani ini,” ujar Dr. Afif yang juga ADUN Seberang Jaya, sebelum menyempurnakan acara sumbangan berwajib pada Majlis Penyerahan Insentif Imput Pertanian Dan Bantuan Bencana Banjir di sini, semalam.

Sebelum itu, Pangarah Jabatan Pertanian Pulau Pinang, Ahmad Munir Yusoff memberitahu, direkodkan, seseorang petani boleh mengaut keuntungan kasar sehingga RM7,000 bagi tiap-tiap hektar kebun sayur di sini.

Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula memberitahu bahawa Kerajaan Negeri wajar dipuji kerana dilihat senantiasa memelihara keselamatan makanan (food security), melalui usaha mengembangkan potensi Tapak Kekal PengeluaranMakanan (TKPM) di negeri ini.

“Kalau ada sebanyak mana duit sekalipun, tetapi tiada bekalan makanan, sebenarnya tidak bermakna juga untuk rakyat.

“Ini menunjukkan betapa pentingnya bekalan makanan untuk hidup kita, dan food security ini penting untuk kita jaga,” jelas Dr. Wan Azizah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam ucapannya.

Sementara itu, penerima, Saidin Saad (gambar kanan), 66, mengaku bahawa beliau boleh mendapat untung kasar kira-kira RM14,000, sekiranya kebun sayur kangkung, bayam dan tebu seluas dua ekar yang diusahakannya tidak musnah dek bencana baru-baru ini.

“Kalau sehari mungkin tak rosak, tetapi, apabila sayur-sayuran tenggelam sampai dua hari, maka rugi banyak,” jelas Saidin.

Beliau turut merakamkanpenghargaan kepada Kerajaan Negeri atas pemberian sumbangan insentif tersebut.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Ang Hung Khim (gambar kiri), 66.

“Walaupun bantuan tak banyak kita minta daripada ADUN (Dr. Afif), tetapi, dapatlah mengurangkan kerugian, kira-kira RM1,000,” ujar Hung Khim.

ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon yang merupakan anak jati kebun sayur Kampung Taman Baru dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato' Law Choo Kiang turut hadir pada majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus