06 March 2015

Guan Eng umum pemandu teksi pertama, kedua layak terima RM300

SEBAHAGIAN penerima peringkat bahagian Pulau pada majlis pemberian RM300 insentif perkhidmatan teksi di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pemandu pertama dan kedua bagi tiap-tiap teksi layak menerima RM300 insentif perkhidmatan daripada Kerajaan Negeri, pada kali ini.

Katanya, amalan terdahulu adalah hanya satu pemandu untuk sebuah teksi layak menerima insentif dan penambahbaikan pada program kebajikan rakyat ini sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengambil berat mengenai keperluan serta kesusahan rakyat.

"Kerajaan Negeri telah memutuskan insentif akan diberikan kepada pemandu pertama dan kedua setiap teksi.

"Ini, jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri yang bersifat 'people centric'," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih di Dewan Masyarakat Penyayang di sini baru-baru ini.

Guan Eng berkata demikian pada Majlis Pemberian Insentif Perkhidmatan Kepada Pemandu Teksi Bajet, Teksi Lapangan Terbang, Teksi Eksekutif, Teksi Mewah, Limousin dan Kereta Sewa Peringkat Pulau.

Majlis berasingan serupa turut diadakan peringkat Seberang Perai di Kompleks Ibupejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dekat Seberang Jaya.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Teow dan Pengerusi Gabungan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pulau Pinang, Abd. Malik Darus turut berucap pada majlis di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dannu Law Heng Kiang (Exco Pembangunan Pelancongan), Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Air Itam) dan Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang).

Guan Eng memberitahu, Kerajaan Negeri pada kali ini memperuntukan sebanyak RM509,700 untuk diberikan kepada penerima insentif perkhidmatan berdaftar, iaitu 2,500 orang dari bahagian Pulau dan baki 392 orang dari Seberang Perai.

Selain itu, Guan Eng turut merakamkan penghargaan kepada agensi persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) kerana bekerjasama menyediakan senarai nama penerima insentif perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mempertikai langkah Kerajaan Pusat mengenakan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) kepada teksi yang melakukan servis di pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), mulai 1 April depan.

"Sudahlah kena GST, Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) pun nampaknya akan kenakan GST lagi ini dinamakan dua kali mati,” kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Majlis pemberian insentif perkhidmatan ini merupakan kali kelima diberikan kepada mereka yang terpilih, sejak tahun 2013.

Mereka yang tersenarai akan diberi insentif RM600 setahun dalam dua majlis, iaitu pada awal tahun dan hujung tahun.

Inisentif ini merupakan satu lagi janji menifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dikotakan oleh Kerajaan Negeri hari ini.

Sementara itu, penerima, Mohd. Kamal Razali (gambar), 52, memberitahu, insentif tersebut sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri begitu menghargai sumbangan pemandu teksi di negeri ini.

“Alhamdulilah dengan bantuan diterima, kita nampak Kerajaan Negeri prihatin dan ambil kisah kepada pemandu-pemandu seperti kami," ujar Mohd. Kamal semasa ditemui wartawan.

Mohd. Kamal berkata, berkat pendapatan sebagai pemandu teksi sejak 15 tahun lepas membolehkan anaknya melanjutkan pelajaran ke menara gading dalam jurusan Kejuruteraan Ukur Bahan, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus