21 February 2015

Sumpah Shafiee ajar rakyat ragui ketetapan Mahkamah ke atas Anwar, kata PasMa

ZULKIFLY Md Lazim berucap pada aksi demontrasi aman membantah program pembodohan mahasiswa oleh Muhammad Shafiee Abdullah sendiri di perkarangan Politeknik Seberang Perai Tengah dekat Permatang Pauh, sebentar tadi.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Rakyat seakan kian meragui kebebasan sistem kehakiman negara apabila Peguam Umno Tan Sri Mohammad Shafiee Abdullah sendiri gelojoh mahu bersumpah sampai ke Makkah, susulan sabitan bersalah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah Liwat II 10 Februari lepas.

Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pulang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim berkata demikian pada aksi memprotes forum pembodohan mahasiswa oleh Muhammad Shafiee sendiri di Politeknik Seberang Perai Tengah di sini, malam tadi.

"Patut apabila Anwar berjaya difitnah sampai merekok kembali ke penjara, dia patut tidak lagi mengeluarkan kenyataan fantasi berunsur lucah dan menjijikkan masyarakat.

"Apabila dia sendiri bersumpah sampai ke Makkah, sekaligus mengajar kita bahawa dia sendiri seolah-olah tak yakin dengan keputusan Mahkamah ke atas saudara Anwar," ujar Zolkifly pada aksi demontrasi aman anjuran gabungan NGO pro Pakatan Rakyat tadi.

Justeru, Zolkifly berkata beliau tidak menolak kemungkinan bahawa konspirasi terbaru yang menzalimi Anwar kali ini semakin dilihat sebagai dendam politik lama rejim Umno BN ke atas Anwar, hingga mencemar lagi institusi kehakiman negara kini.

Wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Jingga 13, Selamatkan Malaysia Langgar Rejim (Lang-Gar!) dan berapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lagi turut mengisi pentas protes ke atas Muhammad Shafiee di sini, tadi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus