23 February 2015

Pusat lupus sampah Jelutong akan tutup - Exco

CHOW Kon Yeow (tengah) bersama-sama Lim Siew Khim (kiri) dan seorang wakil PDC (kanan) pada sidang media di Komtar, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pusat pelupusan sampah dekat Jelutong yang berusia lebih 20 tahun akan ditutup tidak lama lagi.

"Pusat pelupusan sampah yang berkeluasan 53 ekar ini didapati telah menjangkaui jangka hayatnya dan perlu ditutup untuk kerja-kerja pemulihan semula, sebelum rancangan pembangunan bercampur oleh mereka yang berminat.

"RFP (Surat Penyataan Hasrat) untuk proses tender terbuka akan disediakan oleh PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) kepada mereka yang berminat untuk (melakukan) pemulihan semula dan rancangan pembangunan bercampur di bekas tapak pelupusan sampah Jelutong, serta cadangan tapak pelupusan sampah alternatif yang baru," ujar Kon Yoew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota di sini, petang tadi.

Tambah Kon Yeow, RFP dibuka dalam tempoh enam bulan mulai 12 Mac hingga 14 September depan, kepada mereka yang berminat untuk melakukan kerja-kerja pemulihan dan pembanguan bercampur di tapak pelupusan sampah dekat Jelutong, selain cadangan menyiksa pusat pelupusan sampah yang baru di bahagian Pulau.

ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim serta  wakil PDC dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) turut menyertai sidang media bersama Kon Yeow.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus