09 February 2015

'Car Free Morning' mulai April perlu respons awam, kata YDP MPSP

KAWASAN berlorek pada gambar pelan ini merupakan kawasan cadangan penutupan jalan sepanjang berlangsungnya Car Free Morning di sini, nanti.

Oleh :WATAWA NATAF ZULKIFLI

SEBERANG JAYA – Kerajaan Negeri terus gigih berusaha melaksanakan polisi hijau di Pulau Pinang, dan terbaru Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menganjurkan program Car Free Morning di Jalan Todak 2 serta Jalan Todak 3 berhadapan pusat membeli belah Sunway Carnival Mall di sini mulai bulan April depan.

Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, program Sepagi Tanpa Kereta itu sebenarnya adalah projek perintis, untuk mendapat respons orang ramai.

Ianya akan dimulakan seawal 6:00 pagi, hari Ahad dan untuk permulaan kita akan adakan Car Free Morning ini hanya satu bulan sekali pada minggu pertama bulan berkenaan,” jelas Maimunah kepada wartawan, sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Yang Ke -1/2015 (487) di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, MPSP boleh mendapatkan maklum balas awam sebanyak mungkin sepanjang tempoh tiga bulan pelaksanaan polisi hijau tersebut.

Orang ramai turut dipelawa untuk bersama-sama beriadah di sini bersama keluarga secara berbasikal, berjalan kaki atau apa-apa aktiviti riadah tanpa motor bagi menjayakan program, di samping menjaga kesihatan.

Jika didapati sambutan menggalakkan mungkin kita akan tambah dari segi kekerapan mingguan dan sebagainya,” ujar beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus