ZAIRIL Khir Johari (kanan sekali) membantu sekumpulan penunggang membersihkan basikal, pada Majlis Pelancaran Bike Wash di Botanic Garden Pavillion baru-baru ini. |
Oleh :
NORSHAHIDA YUSOFF & ZAINULFAQAR YAACOB
KEBUN
BUNGA- Demi menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan di Pulau
Pinang, Zairil Khir Johari menyediakan perkhidmatan Bike Wash
secara percuma di Botanic Garden Pavilion dalam
Kawasan Parlimen Bukit Bendera yang diwakilinya, kini.
Daripada
tinjauan yang dibuat sebelum ini, Zairil berkata, lebih 50 penunggang
yang menggunakan trek berbukit di sini pada tiap-tiap minggu bolehlah
mengambil kesempatan membersihkan basikal masing-masing secara
percuma di Bike Wash
tersebut.
“Ini
adalah inisiatif permulaan yang baik, para penunggang yang melalui
trek berlumpur dapat menggunakan kemudahan mencuci basikal di sini
“Kemudahan
basikal perlu cukup untuk membolehkan orang ramai menggunakan basikal
sebagai mod pengangkutan,” ujar Zairil pada Majlis Pelancaran Bike
Wash di sini baru-baru ini.
Menurut
Zairil, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP) pada bulan Mei depan dijadualkan melancarkan projek
perkongsian basikal, dengan menyediakan 25 stesen berwajib di seluruh
George Town
“Orang
ramai boleh menyewa basikal pada kadar minimum,” ujar Zairil sambil
menyeru warga negeri untuk menyokong polisi 'bandar hijau' tersebut.
Ahli Majlis
bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Chris Lee Chun Kit.
Bike Wash
merupakan projek bersama Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera dan
Jabatan Botani Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment