ZAIRIL Khir Johari (empat dari kiri) merakamkan gambar bersama para pemenang, sejurus selesai pertandingan Halal Chefs Challenge 2014 di SPICE baru-baru ini. |
BAKAT
MASAKAN..... Kira-kira 350 peserta dari segenap pelusuk negara
menyertai musim kedua acara Halal Cgefs Challenge 2015, sempena
penganjuran Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa 2015
bertempat di Subterranean Penang International Conference &
Exhibition Centre (SPICE) baru-baru ini di sini.
Menariknya,
chef berpengalaman dan pelajar bidang kulinari masing-masing
kelihatan gigih membuktikan bakat masakan demi merebut kejuaraan
dalam 19 kategori yang dipertandingkan.
Saingan
kali ini diadili oleh juri-juri profesional daripada Malaysia,
Thailand, Indonesia dan Singapura untuk memilih penerima anugerah
Anugerah Chef Masakan Moden, Anugerah Chef Masakan Melayu, Anugerah
Chef Artis Halal dan Anugerah Chef Pastry Halal.
Ahli
Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyumbang hadiah kepada
para pemenang, berupa wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penyertaan.
No comments:
Post a Comment