28 January 2015

Hadi usir PasMa, Ustaz Abu Bakar Bakilani lepas jawatan PAS Kawasan?

PAS mungkin percaya bahawa ketegasan Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengusir keluar akar umbi parti yang berbeza pendapat dengan pemimpin nombor satu berkenaan Islam berkenaan akan menggamit minat rakyat kepada parti masa depan itu.

Maka, anggota parti yang menyertai PasMa pun turut diusir keluar dari PAS, lapor Utusan.

Mereka yang berbeza pendapat digambarkan "menebuk bahtera" kononnya, walhal, "bahtera PAS" di bawah Abdul Hadi telahpun karam di Terengganu dan Kedah hingga kini.

Kerajaan Perak di bawah kepemimpinan "Menteri Besar PAS" Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pun tumbang dek kedeta Umno BN.

Jangan Kerajaan PAS Kelantan pula tumbang di PRU14 kelak disebabkan kelemahan kepemimpinan Abdul Hadi.

Pun begitu, tak ada angin dan tak ada ribut, tokoh muda PAS bernama Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan pula dilaporkan mahu melepaskan jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Kawasan Sik.

Dalam suratnya kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ketua Penerangan Pusat Datuk Mahfuz Omar, langsung tidak menyebut sebab-musabab peletakan jawatan, hingga menggamit perhatian banyak pihak dalam dan luar parti.

Ustaz Abu Bakar Bakilani merupakan antara tokoh agamawan penting dalam Kerajaan Pulau Pinang, khususnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Di atas, adalah gambar surat atas nama Ustaz Abu Bakar Bakilani yang tersebar meluas menerusi WhatsApp, sejak Subuh tadi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus