23 November 2014

Tiada rancangan pemajuan baru di bekas tapak Kem Tentera Divisyen 2 George Town, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BATU KAWAN - Kem Tentera Division 2 di atas Lot 132 dan 133 dekat Seksyen 14 George Town yang dikosongkan sejak beberapa tahun lepas masih belum menerima sebarang permohonan kebenaran merancang yang baru hingga kini.

Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Gian Eng bagaimanapun berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun 2000 direkodkan pernah menerima permohonan kebenaran merancang di atas lot tanah 132, untuk pemajuan kompleks menara pejabat 23 tingkat, dua menara 21 tingkat, dua tingkat podium serta dua tingkat parkir bawah tanah.

Manakala, lot tanah 133, katanya lagi, ada permohonan serupa untuk pemajuan satu menara hotel 21 tingkat lengkap dengan dia tingkat podium serta dua tingkat parkir bawah tanah.

"Sehingga kini, tiada permohonan kebenaran merancang baru yang dikemukakan bagi kedua-dua tanah tersebut," ujar Guan Eng dalam Jawapan Bertulisnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dekat George Town pada 7 November lepas.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam turut mendedahkan status ketuanpunyaan dua lot tanah tersebut.

"Pemilik tanah semasa bagi kedua-dua lot ini ialah Runnymede Hotels Sdn. Bhd., di mana ia pada asalnya didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Penjelasan itu sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus