Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA – Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB)
digesa menyegerakan prosos penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Bersama
(JMB) yang dimohon oleh pemaju dan komuniti pemilik tapak perumahan
strata berwajib.
Exco
Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon
Yeow berkata, langkah itu boleh membantu JMB atau Perbadanan
Pengurusan (MC) menangani isu keengganan atau kegagalan pemilik tapak
rumah berstrata membayar caj penyelenggaraan tertunggak.
CHOW Kon Yeow |
"Lebih
elok semua JMC atau MC, pemaju serta pemilik rumah berstrata diberi
pemahaman mengenai hak masing-masing terlebih dahulu, seperti seminar yang dianjurkan
oleh MPSP ini.
"Biarlah
prosiding di mahkamah ke atas mereka yang enggan atau gagal
melangsaikan caj penyelenggaraan tertunggak adalah langkah terakhir
yang diambil oleh JMB atau MC," jelas Kon Yeow semasa merasmikan
Seminar Pemahaman Tugas & Tanggungjawab JMC/MC Serta Pemilik
Petak Komuniti Berstrata di Auditorium Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.
Turut berucap, Yang
di-Pertua MPSP, Datuk Maimunah Mohd. Sharif.
Setiasuaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud serta beberapa Ahli Majlis lain turut menyertai seminar tersebut.
Setiasuaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud serta beberapa Ahli Majlis lain turut menyertai seminar tersebut.
Menurut
Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota,
setiap pemilik tapak perumahan berstrata sebenarnya diwajibkan
membayar caj penyelenggaraan, jika dirujuk pada Seksyen 23 Akta
Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007
(Akta 663).
Difahamkan,
akta tersebut antara lain memberi hak kepada JMB atau MC untuk
mengeluarkan Notis 14 hari sebanyak dua kali kepada mereka yang
enggan atau gagal melangsaikan caj penyelenggaraan tertunggak,
sebelum meneruskan langkah prosiding mahkamah.
MAIMUNAH Mohd. Sharif |
Daerah
Seberang Perai Utara (SPU) mempunyai bangunan berstrata sebanyak 379
kawasan dengan 21,882 petak, diikuti Daerah Seberang Perai Tengah
(SPT) berjumlah 487 kawasan dengan 35,053 petak, dan Daerah Seberang
Perai Selatan (SPS) berjumlah 75 kawasan dengan 5,332 petak.
Dari angka
itu, Maimunah memberitahu, dianggarkan hampir 186,801 warganegeri
mendiami bangunan berstrata di Seberang Perai jika diandaikan tiga
orang mendiami tiap-tiap petak di sini.
"Setakat
September 2014, pretasi JMB/MC bagi kategori 11 petak dan ke atas
tanpa mengambil kira kawasan kurang dari 10 petak dan ke bawah,
sebanyak 87.24 peratus (meliputi 335 kawasan pemajuan) di Seberang
Perai telah berjaya menubuhkan JMB atau MC.
"Saya
berharap dengan adanya pendedahan melalui seminar ini, para peserta
akan menghebahkan kepada pemilik-pemilik komuniti berstrata yang lain
untuk menubuhkan JMB atau MC," ujar Maimunah.
No comments:
Post a Comment