08 November 2014

RM23.9 juta Bajet 2015 harap kurangkan risiko banjir - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata Bajet 2015 berjumlah RM13.9 juta serta tambahan RM10 juta lagi untuk projek tebatan banjir serta menaik taraf sistem perparitan diharap mengurangkan risiko bencana di negeri ini kelak.

"Saya tidak berani mengatakan ini projek sifar banjir, tetapi, kita berharap ia boleh mengurangkan risiko bencana pada masa depan," kata Guan Eng pada Majlis Perasmian Projek Tebatan Banjir Kampung Baru, Bukit Mertajam di perkarangan Taman B di sini, tengah hari tadi.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Sebarang Perai (MPSP), Datuk Maimunah Mohd. Sharif turut berucap pada majlis itu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang merangkap Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Lydia Ong Kook Fooi (ADUN Berapit).

Menurut Guan Eng, projek yang dinilai pada 18 Mac tahun lepas dan siap pada 18 Julai lalu tersebut menelan belanja RM6,913,896.

Tambah Guan Eng, Kerajaan Negeri pada tahun lepas turut meluluskan peruntukkan sebanyak RM7,156,642.25 untuk projek menaik taraf sistem perparitan dan infrastruktur Taman Tangling, serta satu lagi projek di Seberang Perai Selatan berjumlah RM242,746.25.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng berkata Bajet 2015 yang baru dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dekat George Town turut menambah RM10 juta lagi menjadi keseluruhan peruntukkan bagi menangani risiko banjir berjumlah RM23.9 juta.

Sebelum itu, Maimunah berkata, sebanyak lapan projek tebatan banjir bernilai RM8,351,734.12 akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Projek yang dimaksudkan di Taman Sri Nibong yang menelan belanja RM1,305,141.60, Taman Siakap (RM1,990,916.55), Taman Seri Jaya dan Taman Sungai Rambai (RM2,409,330), Kawasan Perindustrian Sungai Lokan (RM455,433.97), Parit Monsun Taman Bagan (RM400,000), Taman Kerjasama (RM451,000), Lengkok Tenggiri Sebarang Jaya (RM1,090,000) dan Taman Machang Bubuk (RM249,912).

Itu, tidak termasuk rancangan tiga projek pemajuan masa depan lain di ketiga-tiga daerah Seberang Perai yang dianggarkan menelan kos RM2.9 juta.

"MPSP memperuntukan bajet pada tahun 2015 bagi pembersihan parit monsun berjumlah RM4.34 juta dan pembaikan sebanyak RM500,000 sahaja.

"MPSP mempunyai sumber kewangan yang terhad, tetapi, terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri kerana menyalurkan caruman dana untuk menangani masalah banjir di Seberang Perai," ujar Maimunah.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus