14 November 2014

Rekod MIDA bukti tadbir urus ekonomi P.Pinang kini lebih cemerlang berbanding era BN, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


GEORGE TOWN - Pelaburan Domestik Langsung (DDI) Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dalam tempoh tahun 2002 hingga 2007 direkodkan berjumlah RM5,669.61 juta berbanding RM12,995.47 juta yang berjaya dikutip dalam tempoh tahun 2008 hingga tahun lepas.


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Pelaburan Asing Langsung (FDI) Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dalam tempoh tahun 2002 hingga 2007 pula berjumlah RM15,426.13 juta berbanding RM27,054.94 juta yang diperoleh kini dalam tempoh 2008 hingga 2013.

"Peningkatan (DDI) sebanyak 129.21 peratus dalam tempoh enam tahun sekarang berbanding tempoh sama di bawah Kerajaan Barisan Nasional (Negeri) dulu.

"Selain itu, peningkatan 75.38 peratus FDI juga telah dicapa oleh Kerajaan Negeri hari ini dalam tempoh sama," ujar Guan Eng pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, tengah hari tadi.

Guan Eng berkata, semua statistik yang dikemukakannya itu berdasarkan rekod rasmi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), sekaligus menolak pertikaian pihak Pembangkang Pulau Pinang mengenai pencapaian tadbir urus ekonomi Kerajaan Negeri hari ini.

Terdahulu, Guan Eng semasa membentang Bajet 2015 Pulau Pinang memberitahu Kerajaan Negeri sehingga tarikh 31 Disember tahun lepas berjaya mencapai surplas RM1.3 juta, sungguhpun Bajet 2013 menganggarkan defesit kewangan berjumlah RM262.04 juta.

Katanya lagi, rekod Kerajaan Negeri menambah rizab tunia kira-kira RM100 juta atau peningkatan 8.4 peratus menjadi RM1.29 bilion bagi tahun 2013 turut dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus