15 November 2014

Presiden PasMa akui respons lebih baik selepas Retreat PAS

PHAHROLRAZI Mohd. Zawawi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUBANG - Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dalam retreatnya baru-baru ini telahpun membentangkan peranan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat, serta langsung tidak dipertikai oleh jawatankuasa kerja pusat parti masa depan berkenaan.

Pengerusi PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata demikian sambil memberitahu bahawa Salahudin sendiri sedang mengatur  pertemuan rasmi antara NGO mesra Pakatan Rakyat dengan kepemimpinan utama PAS.

"(Peranan) PasMa seakan telah diiktiraf oleh PAS apabila ada rancangan untuk adakan dialog secara rasmi.

"Kalau jadi pertemuan ini, kita harap PasMa dan Presiden PAS (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) boleh buat kenyataan media bersama bahawa kedua-dua pihak memang mahu mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," ujar Phahrolrazi kepada wartawan pada malam tadi, selepas selesai mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat NGO di sini.

Justeru, katanya lagi, PasMa peringkat pusat, negeri serta cawangan diminta menggandakan program penerangan bersama-sama pemimpin PAS, PKR dan DAP.

"Saya lihat cybertrooper dan pemimpin tertentu pun di internet semacam terima arahan henti serang PasMa sejak retreat PAS lepas," ujar Phahrolrazi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Sementara itu, Pengerusi PasMa Pulau Pinang Zolkifly Md Lazim turut mengaku PAS Negeri dibawa Tuan Haji Mohamad Sabu (Timbalan Presiden merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) daripada awal menunjukkan sikap terbuka dengan peranan NGO berkenaan di negeri ini.

Menurut Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang berkata beliau sendiri diberi ruang untuk menjelaskan beberapa isi PasMa yang dipertikai oleh AJK PAS Negeri baru-baru ini.

Katanya lagi, PasMa Pulau Pinang kini sedang mengintai ruang untuk mengadakan kongres nasional bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus