25 November 2014

Platform kewangan PasMa perlu membantu Pakatan di PRU14, kata wakil P.Pinang

PHAHROLRAZI Mohd. Zawawi (paling kanan) saling berinteraksi dengan Zolkifly Md. Lazim (dua dari kiri). Blogger Al-Husseyn (tiga dari kiri) turut kelihatan pada majlis Sua Muka PasMa Bersama Blogger Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KUALA LUMPUR - Pasukan kempen sukarelawan Barrak Obama dijangka mengutip AS$760 juta pada tahun 2008 serta mencecah angka AS$1 bilion pada musim saingan pilihan raya Amerika Syarikat 2012.

Pencabar Obama dari Republikan juga memerlukan jumlah seumpama itu untuk bersaing.

Kedua-dua pendahulu pesaingan di peringkat Republikan, bekas gabenor Mitt Romney dan Gabenor Texas Rick Perry berpengaruh dalam kutipan dana.

Calon ketiga dari Republikan, Michele Bachmann juga boleh mengumpulkan dana tunai dan merupakan pengutip dana terbaik tahun sebelumnya ketika pemilihan Dewan Perwakilan.

Justeru, Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang Zolkifly Md. Lazim mensyorkan NGO tersebut menyediakan platform kewangan yang lebih telus serta terbuka untuk lebih empat juta pengundi tradisinya menyalurkan dana politik lebih awal ke arah kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"Dana politik untuk parti secara tertutup memang tak sihat, tetapi, lebih tak sihat jika tiada platform kewangan yang telus serta terbuka untuk rakyat semak dan sumbang secara lebih bertanggungjawab untuk bantu kemenangan Pakatan Rakyat.

"Di negara-negara moden, dana politik diurus secara terbuka dan telus oleh penyokong satu-satu parti, bukan parti itu sendiri," ujar Zolkifly dalam Majlis Sua Muka PasMa bersama Blogger Pakatan Rakyat di Anjung Amjal Kuala Lumpur semalam.

Zolkifly meminta Presiden PasMa Datuk Pahrolrazi Mohd. Zawawi menyatakan pendirian jika ada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, parti-parti atau ahli-ahli politik parti tertentu mahu menyumbang dana politik kepada NGO berkenaan kelak.


Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus