11 November 2014

Pendapatan bersih petani tak sampai RM1,000 sebulan lemah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2013 PP

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat lalu antara lain menyebut:

9. ... Yang tak dijangka adalah peningkatan sektor pertanian daripada 1.6% KDNK kepada 1.9% KDNK manakala sektor pembinaan meningkat daripada 2.2% kepada 2.6%...

ULASAN
Peningkatan angka KDNK sektor pertanian bukanlah gambaran sebenarnya hasil yang dinikmati oleh kaum tani di negeri ini sendiri.

Laporan Audit Negara Tahun 2013 Pulau Pinang sendiri mendedahkan, sasaran pendapatan bersih RM1,000 sebulan bagi Projek Perladangan Berkelompok (PB) masih belum tercapai sepenuhnya.

"Jabatan perlu menetapkan sasaran bilangan petani yang mampu mencapai pendapatan RM1,000 sebulan dan membuat pemilihan penerimaan bantuan input pertanian mengikut kriteria yang ditetapkan," ujar Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Bidang.

[rujuk Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Pulau Pinang, Siri 2, halaman xxi]

Bajet 2015 menyebut:

20.Program Tabung Usahawan Tani Muda, satu skim mikrokredit, yang telah diumumkan pada Belanjawan 2014, telah dilancarkan pada 13 Jun 2014 ketika Agrofest 2014 dengan dana awal sebanyak RM250,000. Melalui kerjasama Penang Development Corporation dan Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, seramai 30 orang penerima telah dipilih untuk tahun ini bagi mendapatkan bantuan mikrokredit sebanyak RM5,000 untuk meningkatkan produktiviti dan memperkembangkan projek pertanian mereka.

Bagi saya, 30 penerima bantuan mikrokredit adalah rekod yang kecil untuk sebuah Kerajaan Negeri.

Ini kerana, Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) di bawah Tuan Nasorudin Shah Mat umpamanya tanpa sebuah kerajaan boleh mengurus pinjaman mikrokredit kepada lebih 90 penerima kini, dengan rekod hutang tak berbayar (NPL) sifar.

SASAR LUAR BANDAR
Dulu, Kerajaan Pusat ada mewujudkan program mikro kredit yang dikenali sebagai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk mengukuhkan tapak sokongan rakyat terhadap Umno BN semasa musim pilihan raya nanti.

Sekarang, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah meluaskan program pinjaman mikro kredit, lengkap dengan pakej projek ekonomi luar bandar.

Sebagai contoh, penerima berkelompok diberi sejumlah anak pokok kedondong dengan jaminan Kementerian akan membeli balik buah tempatan itu untuk industri jeruk.

Kementerian menyusun masa program ke atas penerima berkelompok berkenaan di kawasan luar bandar hingga PRU14, supaya mengekalkan sokongan di 68 kawasan Parlimen luar kepada Umno BN nanti.

Banyak projek ekonomi luar bandar menggunakan peruntukan pinjaman mikro kredit, antaranya pawah lembu-kambing, kelas menjahit dll.

Tabung Usahawan Tani Muda negeri perlu menawarkan pakej projek ekonomi luar bandar seperti amalan Kerajaan Pusat, jika mahu meningkatkan sokongan pengundi di PRU14.

PAS Pulau Pinang pada PRU13 tewas bertanding di kawasan luar bandar, seperti Parlimen Kepala Batas & Tasek Gelugor, serta DUN Bayan Lepas, Sungai Dua, Permatang Barangan, Penaga dan Sungai Acheh.

Bayangkan PAS datang bertemu Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin untuk berbincang serta tuntut memaksimumkan kegunaan pinjaman mikro kredit untuk mengadakan program ekonomi luar bandar, seperti projek tani buah kedondong oleh Kerajaan Pusat?

Tuntutan itu secara umumnya adalah selari dengan syor Ambrin Buang sendiri dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Pulau Pinang yang mahu Jabatan Pertanian menetapkan sasaran bilangan petani yang mampu mencari pendapatan bersih RM1,000 sebulan.

Saya mohon mencadang.

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P. Pinang

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus