25 November 2014

PasMa harap MSU sedia 'muzakarah', kata Phahrolrazi

PHAROLRAZI Mohd. Zawawi (kiri) bersama-sama Pengerusi PasMa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nazir Zakaria dalam di sini, petang semalam,
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Pahrolrazi Mohd. Zawawi berkata pihaknya berhasrat untuk mengadakan muzakarah lanjut dengan Majlis Syura Ulamak PAS pula kelak, susulan dialog tertutup dengan beberapa pemimpin parti masa depan itu semalam.

"Perbincangkan ini dibuat untuk mendapatkan penjelasan daripada pimpinan PasMa dan jawatankuasa wakil PAS ini akan membawa balik semua penjelasan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum mereka membuat pendirian rasmi mengenai kewujudan PasMa ini.

"Perbincangan itu amat positif kerana PasMa diberi peluang untuk menjernihkan segala salah faham yang ditimbulkan oleh pemimpin tertentu parti sebelum ini.

"Yang penting, kita telahpun menjelaskan mengenai peranan PasMa yang tidak mungkin menjadi pesaing pada mana-mana parti politik kerana kita (PasMa) NGO.

"Pertemuan itu sekaligus semacam PasMa ini mendapat pengiktirafan daripada PAS dan kita berharap akan ada muzakarah susulan dengan Majlis Syura Ulama (MSU) pula selepas ini, jika mereka bersedia untuk bertemu dengan kita," ujar ujar Pahrolrazi dalam Majlis Sua Muka PasMa Bersama Blogger Pakatan Rakyat di Anjung Amjal dekat Kuala Lumpur petang semalam.

Phahrolrazi yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kedah semasa era Pakatan Rakyat lalu berkata, perbincangan tersebut antaranya berkisar mengenai PasMa yang dikatakan menggerakkan usaha menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada kerusi Presiden PAS pada saingan Muktamar akan datang, pada Jun 2015.

Katanya lagi, kepemimpinan PasMa turut diminta memberi penjelasan mengenai beberapa kenyataannya yang dilihat jelas menentang ketetepan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS, iaitu institusi paling berpengaruh selepas mesyuarat agung parti.

"Tindakan bergaduh dengan penonton macam PasMa ini tidak cerdik sebenarnya kerana sorakan PasMa ini memang untuk kekalkan sokongan pada pasukan Pakatan Rakyat walaupun ada sedikit kritikan daripada penyokong PasMa kepada individu tertentu dalam PAS.

"Kami (PasMa) sorak macam mana pun, kami bukan menentukan kalah menang dalam padang bola...tetapi, kalau persembahan pemain tak elok dan seringkali kalah pelawanan, kutipan tiket menurun," respons Pahrolrazi dalam nada seloroh.

Difahamkan, dialog bersama PasMa adalah merupakan salah satu ketetapan dalam retreat PAS baru-baru ini.

Retreat itu antara lain memutuskan bahawa Setiausaha Agungnya Datuk Mustapa Ali dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden) akan mewakili parti untuk berdialog dengan kepemimpinan utama PasMa.

Sumber Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut yang dihubungi pagi tadi bagaimanapun menjelaskan bahawa Mustafa tidak muncul dalam dialog bersama PasMa di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada petang semalam.

Salahuddin mengetuai delegasi PAS, ditemani Khairul Faizi Ahmad Kamil (Timbalan Setiausaha Agung) serta Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

Manakala, PasMa pula diwakili oleh Phahrolrazi sendiri, diiringi Muhammad Husin (Timbalan), Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha), Che Nordin Che Husin (Penolong Setiausaha) dan Zulhazmi Shariff (Penasihat Undang-Undang).

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam kenyataan berasingan berkata Idris dan Khairul Faizi sepatutnya tidak menyertai dialog tersebut kerana tidak bertepatan dengan ketetapan parti dalam retreat PAS.

Malah, katanya, Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam beberapa kenyataan turut menghalang ahli parti daripada menyertai sebarang aktiviti PasMa.

"Mereka berdua (Idris dan Khairul Faizi) juga berisiko untuk dilihat menentang ketetapan MSU, jika larangan menyertai sebarang aktiviti PasMa itu benar-benar rasmi daripada MSU.

"Jika larang itu bersifat peribadi dia (Nik Muhammad Zawawi), maka parti wajar membuat ketetapan terhadap Setiausaha MSU ini juga," ujar Husam kepada wartawan, semalam.

Husam turut memuji ketetapan retreat parti PAS yang mahu berdialog dengan PasMa diadakan di peringkat pusat dan negeri, demi mengukuhkan sokongan rakyat terbanyak terhadap parti dan Pakatan Rakyat di PRU14 kelak.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus