25 November 2014

PasMa dijangkiti 'politik agama' macam PAS, kecam blogger kepada Phahrolrazi

GAMBAR dari belakang kelihatan blogger 'Cikgu Al-Hussyen' (paling kiri) sedang membuat rakaman video mobile Phahrolrazi Mohd. Zawawi (tengah) dan Ustaz Nazir Zakaria (kiri) pada Majlis Sua Muka PasMa Bersama Blogger Pakatan Rakyat di Anjung Amjal Kuala Lumpur, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KUALA LUMPUR - Kebosanan rakyat terhadap 'politik agama' yang dimanipulasi oleh segelintir pemimpin PAS seakan turut berjangkit dalam Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata seorang blogger mengecam presiden NGO pimpinan Datuk Mohd. Pahrolrazmi Mohd. Zawawi.

Phahrolrazi kelihatan tersenyum dan meminta pengerusi majlis Ustaz Nazir Zakaria supaya memberi ruang yang lebih kepada blogger berkenaan untuk meluahkan kritikan terbuka terhadap PasMa hatta terhadap dirinya.

"Politik PAS ini bagi saya berlegar dalam politik keagamaan (seperti) soal pahala dan dosa, siapa betul dan salah, siapa makam tinggi dan rendah, siapa liberal dan sesat.

"Sebaliknya rakyat lebih mahu solusi pada isu GST, kos sara hidup meningkat, rasuah, tempat tinggal yang lebih selesa, keselamatan dijamin, gaji yang lumayan dan sebagainya, iaitu dalam kerangka 'politik ekonomi'.

"Saya rasa PasMa akan hidup dalam 'politik ekonomi' tetapi Datuk Pahrolrazi seakan mahu membunuh NGO ini untuk hanyut dalam 'politik agama' semacam PAS.

"Apa Datuk (Phahrolrazi) juga sudah berjangkit dengan wabak 'politik agama' ini, sedangkan rakyat nak lihat PasMa bergerak dalam politik ekonomi," kecam seorang blogger dalam Majlis Sua Muka PasMa Bersama Blogger Pakatan Rakyat di Anjung Amjal Kula Lumpur, semalam.

PHAHROLRAZI Mohd. Zawawi (kiri) dan Ustaz Nazir Zakaria.
Phahrolrazi berkata, PasMa wajar mempunyai fokus tersendiri, iaitu sebagai platform untuk semua penyokong memberikan pendapat hatta kritikan demi mengukuhkan kepemimpinan Pakatan Rakyat pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"NGO sudah banyak dan ada yang membawa isu royalti minyak Kelantan, Tuntut (Tuntut Turunkan Harga Minyak) dan sebagainya.

"NGO ini memang kena fokus dan bukan boleh buat semua benda seperti GST pun dia nak kempen bantah.

"Sebenarnya kita fokus, fokus PasMa adalah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang berjumlah hampir 4 juta supaya mempunyai wadah untuk menyampaikan suara hati mereka kepada pihak (pemimpin Pakatan Rakyat) yang telah mereka beri mandat dalam pilihan raya umum lepas.

"Tiada suatu badan (NGO) untuk menguruskan pendapat mereka ini sedangkan mereka inilah yang akan sekali lagi menentukan Pakatan Rakyat layak diberi mandat atau tidak dalam pilihan raya umum akan datang.

BLOGGER "Abu Nawas"
"Kita akan sertai mana-mana kempen politik baik daripada parti atau NGO untuk membantah GST dan sebagainya, tetapi bukan memimpin kempen-kempen yang dikatakan di bawah 'politik ekonomi' ini kerana PasMa ada fokusnya," jelas Phahrolrazi.

Dalam perkembangan lain, blogger Al-Hussyen51 turut menuntut Phahrolrazi mendesak Majlis Syura Ulama (MSU) menyatakan pendirian mereka terhadap amalan politik fitnah 'Tok Husinn Cheroii dan beberapa avatar lain di facebook belakangan ini.

Manakala, blogger Abu Nawas atau nama sebenarnya Rosly Yusop pula mengecam syor Phahrolrazi supaya penggiat media baru Pakatan Rakyat tampil memerangi avatar-avatar yang menyebarkan fitnah dengan menggunakan akaun palsu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus