Skip to main content

Ops. Gelandangan dapat reaksi dingin pengurus rumah ibadat - Exco Kebajikan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Operasi bersepadu Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi-agensi berwajib dalam menempatkan semula warga gelandangan ke kompleks pelindungan sementara di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat acapkali mendapat reaksi dingin daripada pengurus rumah ibadat tertentu.

Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata demikian sebagai menjawab isu pembelaan golongan gelandangan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

"Ahli jawatankuasa rumah ibadat minta kami tidak ganggu urusan pemberian sedekah kepada gelandangan dan peminta sedekah kerana ia dianggap amalan mulia. 

"Apabila ada tindakan seperti menahan  ​mereka sama ​ada diserahkan kepada keluarga ​manakala warga asing dihantar balik ke negara asal, ​jawatankuasa rumah ibadat minta kita tidak mengganggu
​nya," kata Boon Poh pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, pagi tadi.

Tambah beliau, operasi bersepadu Kerajaan Negeri yang dilakukan secara berkala turut melibatkan pihak polis, imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).  

Menurut Boon Poh, beliau turut akan berbincang dengan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana isu gelandangan tersebut turut membabitkan masjid-masjid tertentu di negeri ini. 

Dalam perkembangan sama, Boon Poh berkata, Kerajaan Negeri turut mengadakan program kebajikan tahunun khusus untuk warga emas, ibu tunggal, pelajar serta orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.