11 November 2014

Kemalangan di P.Pinang berkurangan 2.65 peratus, maut 11.83 peratus

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata kadar kemalangan serta maut di Pulau Pinang pada tahun ini berjaya dikurangkan berbanding tahun lepas.

Dari Januari hingga September lepas, beliau berkata, jumlah kemalangan keseluruhannya berjumlah 28,956 kes berbanding 29,723 kes yang direkodkan dalam tempoh sama pada tahun 2013.

Angka itu, katanya, menunjukkan jumlah kemalangan berjaya dikurangkan sebanyak 766 kes atau 2.65 peratus.

Tambah beliau, jumlah kemalangan maut dalam tempoh sama pada tahun 2014 dan 2013 masing-masing 262 dan 293 kes.

Ini, katanya lagi, menggambarkan kadar kemalangan maut tahun ini berjaya dikurangkan 31 kes berbanding tahun lepas, menyamai 11.83 peratus.

Jawapan bertulis Guan Eng yang juga ADUN Air Putih itu sebagai menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Ong Kok Fooi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus