15 November 2014

Ini respons menyentap Khairuddin At-Takiri di Perak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUBANG - Pelancaran Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Pulau Pinang pada 11 Oktober lepas, membawa forum serupa peringkat Perak pada 7 November lalu di Ipoh.

Susulan itu, Ketua Penerangan Ulamak PAS Malaysia, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri turut mengadakan Taklimat Khas di Markaz PAS Batu 4, Taiping.

Dalam program tertutup itu, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus bukan sahaja mengasak anggota parti supaya mengukuhkan al-wala' (kesetiaan) kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Haji Awang.

Mengulas mengenai krisis pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini, Khairuddin secara terbuka turut mengkritik pemimpin tertentu PKR dan DAP yang didakwa tidak menghormati kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Reaksi dingin beliau akhirnya mengundang respons seorang peserta, sebelum penganjur mengumumkan penangguhan program dialog itu serta-merta.

Ini, respons peserta berkenaan yang dilihat seakan memaku dakyah anti Pakatan Rakyat yang diluahkan Khairudin:

"Anta (kamu) datang daripada Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak ada mesyuarat Pakatan Rakyat antara PAS dengan PKR dan DAP, nak perlekeh kami PAS di Perak yang mesyuarat lebih 60 kali Pakatan Rakyat.

"Anta bola pun tak pernah pegang, nak mari mengajar kami yang dok beraksi lebih 60 kali main bola.

"Padang kita jelas berbeza, konsep al-wala' kami dalam lebih 60 permainan memang tak sama dengan PAS di negeri anta yang langsung tak main bola," kata peserta berkenaan, lapor sumber.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus