(Dari kiri) DORIS Tan Bee Lean, Lim Guan Eng dan Rosli Jaafar pada sidang media di DUN Pulau Pinang di sini, petang tadi. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE
TOWN
– Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai prestasi
tadbir urus Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang disebut kurang
memuaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Pulau Pinang.
Laporan itu menyebut daripada 31 projek
yang diuruskan oleh PDC Setiau Urus (PDCSU), lapan perjanjian tidak disediakanm
dua perjanjian lewat ditandatangani dan satu perjanjian teah tamat tempoh
selama satu tahun.
“Semua perjanjian dalaman antara syarikat
induk (PDC) dengan anak syarikatnya (PDCSU), dan ini bukanlah membabitkan pihak
ketiga (luaran),” ujar Guan Eng kepada wartawan pada petang tadi, sambil
memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan berusaha memperbaki kelemahan tersebut
kelak.
Pengurus Besar PDC merangkap Pengurus
PDCSU, Datuk Rosli Jaafar dan Doris Tan Bee Lean (Akauntan PDCSU) turut meyertai sidang media
tersebut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.
Guan Eng turut menjelaskan bahawa
kesemua lima Akaun Penyelenggaraan Bangunan (APB) berwajib telahpun dibuka susulan
ditegur dalam laporan tersebut.
Jelas Guan Eng lagi, 17 projek yang diurus oleh PDCSU yang mencatatkan kerugian RM2.74 juta bagi tempoh 2011
hingga 2013 sebenarnya berpunca oleh aktiviti pembiayaan kos penyelenggaraan perumahan-perumahan sedia ada berwajib.
“Ini boleh dianggap sebagai CSR (program
tanggungjawab sosial korporat) kerana caj penyelenggaraan yang dikenakan
terlalu rendah dan banyak yang tidak dibayar oleh penduduk.
“Apabila penghuni tidak mahu bayar atau
caj penyelenggaraan yang terlalu rendah sampai RM12 (sebulan), tak cukup untuk
kos penyelenggaraan 17 projek perumahan yang diserah urus kepada PDCSU, maka
berlakulah kerugian.
“Bagaimanapun, untung bersih terkumpul
tiap-tiap tahun (sehingga 2012) kita (PDC) masih untung walaupun PDCSU rugi
kerana biaya CSR untuk 17 projek tersebut,” ujar Guan Eng lagi.
Guan Eng turut menjelaskan mengenai teguran Laporan Ketua Audit Negara 2013 negeri yang menyebut sehingga bulan Disember 2013 caj perkhidmatan tertunggak belum dijelaskan oleh pemilik bangunan bagi projek komersial KOMTAR dan projek perumahan adalah berjumlah RM25.37 juta.
RUJUKAN: Laporan Ketua Audit Negara 2013 PDC, halaman 42. |
Guan Eng turut menjelaskan mengenai teguran Laporan Ketua Audit Negara 2013 negeri yang menyebut sehingga bulan Disember 2013 caj perkhidmatan tertunggak belum dijelaskan oleh pemilik bangunan bagi projek komersial KOMTAR dan projek perumahan adalah berjumlah RM25.37 juta.
“Caj terlalu rendah pun tak dapat kutip
dan jangan fikir untuk menaikkan harga lah...tunggakan berjumlah RM25.37 juta
kerana masalah mereka tak bayar,” ujar Guan Eng.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata,Laporan
Audit Negara 2013 negeri menyebut bahawa Audit berpendapat, “walaupun
keuntungan tahun 2012 menurun, namun, kedudukan kewangan PDCSU adalah masih
berada di tahap memuaskan kerana keuntungan terkumpul menunjukkan peningkatan
pada setiap tahun.”
RUJUKAN: Laporan Ketua Audit Negara 2013 PDC, halaman 42. |
No comments:
Post a Comment