13 November 2014

Gerai roboh tidak dibina semula di tepi jalan - Kon Yeow

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kini tiada perancangan untuk membina gerai penjaja baru di tepi jalan, manakala, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pula hanya giat menaik taraf kompleks makanan yang sedia ada.

Beliau berkata demikian susulan gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Sr. Mohamad Farid Saad supaya membina semula gerai-gerai yang telahpun dirobohkan di tepi jalan yang sesuai.

"Mana-mana penjaja tanpa lesen yang (menerima) notis akan diberikan keutamaan untuk memasuki kompleks makanan MPPP.

"MPSP pula mengadakan temuduga terbuka setiap bulan bagi pengisian ruang niaga majlis yang masih kosong.

"Keutamaan diberikan kepada penggerai yang telah diambil tindakan atau yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, seperti notis dan kompaun," ujar Kon Yeow pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, malam ini.

Kon Yeow memberitahu, MPPP dalam tahun ini direkodkan merobohkan lima gerai tanpa kelulusan di Paya Terbang dan satu gerai di Jalan Sultan Azlan, manakala, 18 'gerai haram' lain dirobohkan oleh MPSP.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus