07 November 2014

Belanja kewangan kerajaan demi baiki kualiti rakyat terpuji – Exco Perumahan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kenaikan jumlah peruntukan membaik pulih perumahan kerajaan berjumlah RM15.11 juta pada tahun depan berbanding RM11.3 juta untuk tahun ini membuktikan Kerajaan Negeri gigih meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai perbentangan Bajet 2015 Kerajaan Negeri oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, petang tadi.

"Sebuah kerajaan yang mempunyai kewangan yang kukuh memang wajar untuk membelanjakan lebihan kewangannya untuk program-program meningkatkan kualiti hidup rakyat seperti ini.

"Saya sangat mengalu-alukan pertambahan bajet, dan kita akan segera mengenal pasti perumahan-perumahan kerajaan yang mesti segera dibaik pulih serta diselenggara mulai tahun depan," ujar Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat semasa dihubungi wartawan tadi.

Menurut Jagdeep, Kerajaan Negeri pada tahun ini memperuntukan RM11.3 juta untuk membiayai kerja-kerja menaik taraf secara berperingkat seperti baik pulih sistem pendawaian elektrik, sistem pempaipan, tangki air, lif dan perparitan di 49 rancangan perumahan kerajaan, yang melibatkan 15,431 unit rumah.

Dalam perkembangan sama, Jagdeep turut memuji insiatif Kerajaan Negeri kerana mengumumkan peruntukan Bajet 2015 sebanyak RM2.09 juta di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin, dengan nilai siling sebanyak RM40,000 untuk pembinaan rumah baru, dan RM15,000 untuk membaik pulih rumah asal rakyat terpilih.

Terdahulu, Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2015 sekali lagi mencadangkan Bank Negara memulihkan semula skim Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) demi membolehkan pembeli perumahan kali pertama untuk perumahan bernilai kurang RM400,000 layak mendapat pinjaman bank.

Guan Eng turut sekali lagi mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk membina 22,545 unit rumah mampi milik antara harga RM42,000 hingga RM400,000 di kelima-lima daerah secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus