13 November 2014

ADUN Sg. Pinang tanya Exco status 'Smart Camp'

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

LIM Siew Khim semasa sesi perbahasan Bajet 2015 di DUN.
GEORGE TOWN - Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim sekali lagi mempersoal racangan Kerajaan Negeri untuk memajukan Smart Camp untuk pemerkasaan kendiri belia di negeri ini.

Menurut beliau, rancangan mewujudkan Smart Camp itu telahpun diluluskan dalam bajet kerajaan negeri lepas.

"Apakah sudah ada perancangan dari pihak kerajaan untuk memulakannya atau ada lain-lain perancangan seumpamanya," tanya Siew Khim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Justeru, beliau berharap Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan Perbadanan Belia Pulau Pinang (PYDC) yang ditubuhkan di bawah Kerajaan Negeri diberi ruang secukupnya untuk merencana program berwajib khusus untuk beliau, sebagaimana menjadi hasrat mewujudkan Smart Camp.

Dalam perkembangan sama, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dijangka akan memberi respons lanjut mengenai status Smart Camp pada sesi penggulungan, petang ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus