23 November 2014

250,000 jangka diami bandar 'eco-city' Batu Kawan, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH - Batu Kawan dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang dijangkakan akan menerima taburan penduduk berjumlah 250,000, susulan pembangunan kawasan tersebut sebagai sebuah bandar bertaraf antarabangsa yang beradaptasi konsep 'eco-city'.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata semua itu berdasarkan Pelan Induk Batu Kawan yang disediakan sejak tahun 1990 lagi di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

"Batu Kawan akan menjadi sebuah bandar "self-contained' di mana komponen guna tanahnya meliputi perumahan, kawasan 'central business district', kompleks peniagaan, pelancongan, pusat pentadbiran yang lengkap dengan pelbagai kemudahan terutama pengangkutan awam, taman riadah dan infrastruktur," ujar Guan Eng dalam jawapan bertulisnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada 7 November lepas.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menjelaskan perkara tersebut sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Jahara Hamid.

Berdasarkan pelan induk sama, kata Guan Eng lagi, IKEA Store, Hull University, Kolej KDU, Premium Outlet, International Theme Park, International Golf Resort dan Specialist Hospital - Wellness Centre merupakan antara projek pemangkin utama di kawasan tersebut.

Guan Eng turut meredakan butiran penjualan tanah di Batu Kawan sejak tahun 2008 hingga 2014 seperti jadual di atas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus