02 October 2014

Kempen derma darah MPSP demi pesakit Thalassaemia - Maimunah

MAIMUNAH Mohd. Sharif (berdiri, tiga dari kiri) saling berinteraksi dengan salah seorang warga MPSP yang menyertai kempen derma darah di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempertimbang syor mengadakan program derma darah secara berkala kelak demi membantu memenuhi keperluan lebih 250 pesakit telesemia berdaftar di Hospital Seberang Jaya, kata Yang di-Pertuanya Datuk Maimunah Mohd. Sharif.

"Kita menerima permohonan Pertubuhan Thalassaemia Pulau Pinang untuk mengadakan kempen derma darah dengan warga MPSP kerana lebih 250 pesakit berdaftar di Hospital Seberang Jaya sahaja.

"Kempen derma darah selalu diadakan bersama MPSP, tetapi, ini kali pertama kempen derma darah untuk sokongan kepada pesakit thalassaemia.

"Kalau tiada masalah logistik pekerja pada hari ini, kita pertimbang untuk anjur lagi," ujar Maimunah kepada wartawan di Auditorium Kompleks Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini, pagi tadi.

Penolong Pegawai Penerangan Unit Tabung Darah Hospital Seberang Jaya, Siti Nor Asikin Haria turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Pentadbir Pertubuhan Thalassaemia Pulau Pinang, Lily Boey serta beberapa Ahli Majlis MPSP, antaranya Rezal Huzairi Md. Zaki, Ahmad Tarmizi Abdullah, Mohamad Shaipol Ismail, H’ng Mooi Lye, Mohd. Rizal Abdul Hamid, Tan Chee Teong, Tan Chong Hee dan Zuklifli Ibrahim.

Menurut Maimunah, lebih 200 warga MPSP yang rata-rata pekerja am kontrak hadir untuk menyertai derma darah seawal jam 10.00 pagi ini.

Bercakap pada sidang media sama, Lily Boey memberitahu, pertubuhannya menganggarkan bilangan pesakit thalassaemia di Seberang Jaya lebih dari angka 250 yang direkodkan oleh Kerajaan Negeri.

"Kita yakit biangan pesakit thalassaemia lebih dari angka itu (250 orang) kerana masih ramai yang tidak berdaftar dengan kami atau pihak Hospital Seberang Jaya, dan tidak juga mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta yang sudah tentu mahal kosnya," ujar Lily Boey. 

Thalassaemia merupakan penyakit genetik yang diwarisi oleh keluarga kepada anak, dalam bentuk kecacatan gen yang menyebabkan pesakit tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.  

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus