23 September 2014

Tak perlu sokongan 100 peratus kalau nak perintah parti, kata Presiden PAS

ABDUL Hadi Awang
RAMAI susuk progresif dalam PAS tidak berani mendepani sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana takut parti masa depan itu pecah disebabkan perbezaan pendangan.

Atas dogma itu, PASMA atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia dianggap sebagai agen pemecah belah jamaah Islam PAS, sungguhpun ia hanya sebuah NGO sahaja.

Sedar tidak sedar, kepemimpinan dan akar umbi PAS tidak juga bersatu selepas selesainya Muktamar dan istiadat pelantikan Tuan Haji Mohd. Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Rupa-rupanya, PAS tetap dilihat berpecah. 

Kalau tanpa kehadiran PAS yang ditubuhkan untuk memastikan parti masa depan itu terus kekal koliasi politiknya dengan Pakatan Rakyat, PAS masih tetap dilihat berpecah.

Ini pemikiran klasik kerana perbezaan pendapat digambarkan sebagai pepecahan. 

PAS mungkin digambarkan bersatu-padu apabila 100 peratus ahli dan pemimpin bersetuju dengan Presidennya. Klasik!

Isu berbangkit itu turut diajukan oleh wartawan, semasa ehat Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13, hari ini.

"Itu biasalah dan tak mungkin kita dapat sokongan 100 peratus, itu biasa dan apalagi dalam negara kita yang mengamalkan demokrasi. Itu hak bersuara," dalih Abdul Hadi, dipetik dari facebook Ketua Pengarang Harakah Sdr. Lutfi Othman, sebentar tadi.


DOKTRIN PECAH
Dalam dua kali mesyuarat PAS Pusat, majoriti AJK tidak bersetuju pun dengan Abdul Hadi, tetapi mereka kekal dalam PAS.

Jika kita faham kesetiaan ahli terhadap jamaah, kita akan faham bahawa sesiapapun tidak akan meninggalkan PAS jika Abdul Hadi diganti dengan susuk yang lain.

Penyokong Abdul Hadi mungkin akan menjadi pembangkang dalam parti pula, jika Presiden PAS yang baru dipilih dalam Muktamar akan datang.

Abdul Hadi sedar mengenai hakikat ini, sebab itu, beliau berkata, "Itu biasalah dan tak mungkin kita dapat sokongan 100 peratus..."

Percayalah, PAS tidak akan berpecah walaupun Abdul Hadi diganti dengan pemimpin progresif yang lain.

Siapa akan mendepani Abdul Hadi dalam PAS?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus