08 September 2014

Nama Wan Azizah saja ke istana, Saifuddin nafi PKR hantar tiga nama

Mesej liar PKR turut menghantar tiga nama sama seperti PAS disebarkan sejak awal pagi tadi, dipercayai datang daripada penyokong Timbalan Presidennya Azmin Ali.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bagaimanapun berkata, parti konsisten menghantar nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja ke istana Selangor, untuk diperkenan sebagai Menteri Besar Selangor.

"PKR kekal dengan persetujuan bersama dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, iaitu setuju hantar satu nama sahaja.

"Kalau ada nama lain, itu bukan datang daripada pendirian rasmi parti," tegas Saifuddin.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa ada usaha tidak langsung pihak tertentu, sungguhpun Azmin serta beberapa pemimpin parti lain berkali-kali menyatakan sokongan untuk Dr Wan Azizah.

"Dulu memang ada surat lain dari Selangor menamakan selain Kak Wan, tapi, sekarang tidak berbangkit lagi kerana semua setuju hantar satu nama sahaja," ujar Saifuddin.

Difahamkan, satu surat atas nama Setiausaha PKR Selangor menamakan Azmin sebagai Menteri Besar pernah sampai ke istana, sebelum ini.

Selain Dr Wan Azah dan Azmin, mesej liar itu turut menyebut PKR menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad ke istana Selangor, pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus