30 September 2014

MPSP terbit 35,000 lagi peta pelancong warisan Seberang Perai

(Dari Kiri) EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II, Lim Guan Eng (Ketua Menteri) dan Maimunah Mohd. Sharif pada majlis pelancaran edisi kedua Seberang Perai Heritage Map sempena Hari Majlis MPSP di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA 35,000 makalah Seberang Perai Heritage Map akan diedar sehingga hujung tahun ini demi mempromosi 30 lokasi pelancongan warisan menarik di ketiga-tiga daerah di sini.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Maimunah Mohd. Shariff berkata, inisiatif terbaru ini dilakukan selepas pihaknya berjaya menghasilkan Seberang Perai Tourist Map pada tahun lepas.

"Menariknya, penghasilan peta pelancongan warisan kali ini pun dibuat secara in house melibatkan pegawai MPSP dan dibantu oleh Ahli Majlis," ujar Maimunah kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP di sini pada Jumaat lepas.

Tiga Ahli Majlis MPSP, Tan Cheong Eng, Rizal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim, serta Setiasuaha Majlis, Sr. Rozali Mohamud turut hadir pada sidnag media tersebut.

Makalah pelancongan terbaru ini memuatkan 20 lokasi tarikan pelancongan warisan di Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (lapan lokasi) dan Seberang Perai Selatan (dua lokasi).

"Dalam peta ini, ada info mengenai warisan ketara, iaitu bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah, tapak warisan serta monumen warisan, 

"Satu lagi adalah warisan tidak ketara (iaitu) iaitu cara hidup masyarakat setempat, seperti Tukang Besi Permatang Benuan, Capal Jago Kepala batas dan Pasar Bisik Pantai Kuala Muda," jelas Maimunah lagi.

Beliau yakin, kunjungan pelancong ke George Town Tapak Warisan Dunia Unesco yang dianggap kian meningkat sedikit banyaknya boleh didorong melawat lokasi-lokasi pelancongan warisan menarik di Seberang Perai kelak. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus