28 September 2014

Ahli Majlis MPSP puji P.Pinang konsistan memartabat wanita

MAIMUNAH Md. Shariff (empat dari kiri) bersama-sama pemimpin MPSP lain mempamerkan pelbagai piala serta sijil terbaru yang diterima, termasuk anugerah Best Planner of The Year 2014 pada sidang media di sini, Jumaat lepas.

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Dua pengiktirafan yang diberikan kepada Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Maimunah Mohd. Shariff baru-baru ini turut mendapat rakaman pengharaan pada sesi penggulungan Majlis Mesyuarat Penuh di sini, Jumaat lepas.

Maimunah menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, serta dipilih menerima anugerah Best Planner of The Year 2014 daripada Malaysian Institute of Planners (MIP) pada 12 September lepas.

M. Satees
Ahli Majlis, M. Satees dalam ucapannya secara tidak langsung turut menyentuh isu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang ditolak dari menjadi Menteri Besar Selangor, sungguhpun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang berkenaan telahpun mempunyai sokongan majoriti.

"Datuk YDP (Maimunah) merupakan satu contoh di mana, seorang wanita telah membuktikan kebolehannya dalam mengetuai kerajaan tempatan dan membawanya ke arah kecemerlangan.

"Saya harap, pihak-pihak yang membantah apabila seorang wanita diangkat untuk mengetuai kerajaan, dapat lihat dengan mata sendiri di mana, Majlis Perbandaran Seberang Perai, satu kerajaan tempatan telah mencapai begitu banyak transformasi positif di bawah kepimpinan seorang wanita.

"Janganlah sekalipun ada yang menafikan kebolehan seorang wanita untuk memimpin, hanya kerana pemimpin itu seorang wanita," ujar Satees di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda.

Maimunah dipilih menerima darjah kebesaran atas sumbangannya mengharumkan Pulau Pinang serta MPSP dengen menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Manakala, Maimunah  dipilih sebagai penerima utama daripada 2,000 calon Planner Of The Year 2014 pula atas kejayaannya menguruskan pentadbiran MPSP, dan penyampaian anugerahnya disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus