25 August 2014

Tak ada parti boleh menang secara solo – Mat Sabu

BUKIT SELAMBAU - Tidak ada parti yang boleh menang dan mendapat majoriti besar kalau berjuang secara solo dalam sebuah negara yang masyarakatnya majmuk seperti Malaysia.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa bertajuk ‘BN Gigit Jari’ yang diadakan di hadapan perkarangan Pejabat Adun PKR, Bukit Selambau pada 22 Ogos baru-baru ini.
Mat SabuMenurutnya, sejarah telah membuktikan kemenangan besar DAP di Pulau Pinang untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah dengan sokongan bersama KEADILAN dan PAS.
“Di Kedah sebelum kalah dalam pilihan raya umum yang lalu, kita bekerjasama dalam satu pakatan sehingga berjaya menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 yang lalu.
“Di Selangor pun sama, kemenangan PR untuk penggal kedua adalah hasil kesepakatan dalam komponen sehingga BN kempunan untuk penggal kedua menjadi pemerintah, “jelas beliau.
Katanya lagi, Umno bagaikan serigala lapar yang menanti untuk meratah PR sekiranya gagal untuk mempertahankan kerjasama yang telah berjaya melalui tahaluf siyasi bersama dengan KEADILAN dan DAP.
“PR mampu untuk merampas kembali Kedah dalam PRU ke 14 yang akan datang dengan kekuatan dalam PR. Selangor mampu dipertahankan jika PR kuat, tanpa memberi sedikit pun ruang kepada BN untuk menangguk diair keruh.
“Jadikan kekalahan PAS di Terengganu yang hanya berjaya menjadi pemerintah untuk sepenggal pada pilihan raya umum 1999 yang lalu sebagai iktibar, ” ujar beliau lagi.
Tambah Mohamad Sabu, tidak ada mana-mana parti yang mampu memerintah secara solo termasuk BN sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan komponen dalam parti untuk menang.
Oleh itu katanya, sekiranya PR mahu merampas kembali kerusi Kedah yang pernah dimenangi dalam tahun 2008 yang lalu, kerjasama dalam komponen mesti dipereratkan.
“Kerjasama dalam PR juga meranapkan impian BN untuk merampas kembali kuasa di Selangor apabila kemelut Menteri Besar Selangor membuktikan kesepakatan amat perlu dalam merealisasikan tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP,” katanya lagi. -KD

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus